Kepercayaan orang Banjar – 7

Masa buat spring cleaning beberapa bulan yang lalu, terjumpa (tahaga) dua buah (buting) pelita minyak tanah yang sudah berpuluh tahun tidak digunakan. Yelah, sekarang ni kalau blackout, orang dah tak guna pelita untuk dibuat penerang sementara menunggu bekalan elektrik dipulihkan. Mungkin juga kerana bahan bakarnya – minyak tanah – amat sukar didapati dibanding lilin. Lagipun, untuk menyimpan pelita seperti ini bukannya mudah, kalau chimney pecah, mana nak dapat gantinya!

Tersebut pelita teringat masa kecil di kampung dulu. Minyak tanah dalam botol sekati boleh dibeli dengan harga 15 sen. Keluarga yang berduit mereka guna lampu gas…terang benderang seluruh rumah (sarumahan). Minyak tanah pula bukan dibeli pakai botol, tapi satu tin sekali beli. Tin minyak tanah kosong boleh belah dua untuk dijadikan acuan pembekuan susu getah.

“Lampu gas” atau “lampu pam” zaman sebelum ada bekalan elektrik

Lampu gas bukan saja memerlukan minyak tanah sebagai bahan bakar, tapi juga memerlukan spirit untuk memanaskan mentol. Mentol popular masa itu ialah cap kupu-kupu.

Itu kisah lampu gas, yang tak ada kena mengena dengan tajuk posting.

Kalau nak tau pantang larang orang Banjar berkaitan pelita, bacalah omongan seterusnya.

Pelita buatan negeri China dengan chimney

Admin teringat nak menyambung kisah pantang larang (kapamalian) orang Banjar setelah terjumpa dua buah pelita di atas yang masih dalam keadaan baik. Setelah disental (digintas), timbul pula rasa sayang terhadap barang antik yang sudah lama tak digunakan.

Pelita dengan chimney – apinya lurus ke atas

Salah satu pantang larang orang Banjar yang diterapkan ibu ialah cara memadamkan (mamajahakan) pelita.

Ibu akan membebel kalau terlihat anaknya memadam pelita dengan menghembus, “Kada pandapatan kaina mangaji” atawa “balum tuha hudah pangalumpanan kain nih” uma mamadahi.

“Tak pandai mengaji nanti ni” atau “belum tua dah pelupa” ujar ibu menasihati.

Untuk memadam pelita berchimney, (sampurong) tutup saja lubang udara sebelah atas. Dalam beberapa saat, api yang kehabisan oxygen  akan padam dengan sendirininya, atau kalau pelita yang tak ber-sampurong, “kibah” saja dengan tangan atau kepit sumbu pelita dengan ibu jari dan telunjuk.

 Pelita tanpa sampurong – apinya kembang dan kurang terang

Satu lagi pantang larang orang Banjar ialah meletak pelita yang menyala sebelah menyebelah seperti gambar di atas. Peringatan ibu membuat bulu roma meremang “Hakunlah mahadangi mayat saurangan”.

“Sanggup ke menunggu mayat sorang-sorang?” ibu mengingatkan, atau menakutkan!

“Pajahi atawa ugah sabuting” ibu menyaran anaknya memadam atau menjauhkan salah sebuah pelita.

Mungkinkah ada yang tersirat disebalik pantang larang orang Banjar zaman bahari!

NOTA KAKI:

“Sanggup ke menunggu mayat sorang-sorang?”

Jarak antara rumah kampung zaman dulu, kalau menjerit sekuat hati pun jiran tak dapat mendengar. Bayangkan kalau cuma ada dua orang dalam rumah, dan salah seorang meninggal dunia tengah malam buta. Nak keluar memberitahu jiran…fuh memerlukan keberanian berjalan dalam gelap gelita. Kanak-kanak seperti kami mana berani. Sementara menunggu siang, maka terpaksalah menghadap mayat seorang diri.

About these ads
This entry was posted in banjar dlm melayu, BANJAR KAMPUNG. Bookmark the permalink.

19 Responses to Kepercayaan orang Banjar – 7

  1. theolrascal says:

    Tuan,

    Saya suka la entri Tuan ni…ia mengembalikan nostalgia zaman kanak2 saya.

    Semasa kecil dulu saya juga berkesempatan menggunakan nye. Lampu gasolin tu mentol nye kuncup saja sebelum di gunakan buat kali pertama. Kita juga perlu minyak ‘spirit’ untuk menghidupkan nye. Seketika kemudian baru lah di pam.

    Kini hanye kenangan……..

    • admin says:

      Lampu gasolin tu mentol nye kuncup saja sebelum di gunakan buat kali pertama.

      Mentolnya labuh berkilat macam kerandut tengah panas, tapi bila dah digunakan sekali jadi kecut macam kerandut kedinginan. Masa belum diguna, boleh dipegang dan disentuh, selepas diguna sekali kalau disentuh maka rongaklah mentol.

  2. msj says:

    Teristemewa untuk Tuan Admin….

    LAMPO GAS

    bila aroh hanyar banyala
    ari ni ari bamula pangantinan
    manyumbalih hayam patang nya…makan gangan waloh
    sambal tumis bilis
    maambil piring piring awan kakawanan
    rata kaliling kampong….maindap babinian sasambilan
    lampu gas mainjammai jua
    dua tiga uting yang harat2
    manganti mintolnya, maisie minyaknya… …
    mahidupakan …dikumpa gancang2
    tahan katangah malam
    panangah imbah sudah manyanging rampah
    main terup kaling pang sampai pagi
    mata ganal haja..kopi pakat batutuk akar pinang
    lampu gas kada manyala lagi
    Utoh yang manjaga kadada lagi
    taguringan janak dibarumahan
    mangaroh bamimpi kawin sauting lagi
    kada bangun2 kanyamanan bamimpi… sampai pagi

    mairah98
    barelaan………..

    • admin says:

      A ah lah, kagangan ulun amun handak baaruhan mainjam lampu gas dua talo buting, sabalah tangan mamingkuti handle biskar, sabalah maingkuti lampu gas, muntung curing batinghui.

  3. adey says:

    lawas banar kada tahaga lampo bersampurung kaya gambar too. adakah wayahini bajual lagi di kadai cina. amon lampo cuntang bahari ada ai lagi bajual. jangan dihadapi jah lampo cuntang too. latat hidung

    • admin says:

      jangan dihadapi jah lampo cuntang too. latat hidung

      Kagangan wayah kakanakan bahari…manuntungakan gawian rumah (homework) atawa mandarasi palajaran batiharap, lampu cuntang di hadapan, askara babaya kalihatan. Imbah dua talo jam, karak hidung hirang kaya burit rinjing.

  4. Joewings says:

    Huhuhu….urang banjar basurahan…x faham kecuali hanyalah sedikit…

    Tuan admin,

    Zaman saya kecik2 masih terjumpa lagi lampu pam dan lampu pelita bercemeni (Chimney- abah panggil cemeni) sebab kampung saya betul2 ada letrik sekitar 1982-1983…..teringat atuk mengepam lampu pam ni bila maghrib dan sekeluarga makan ramai2 dibawah sinarannya…..

    Elok simpan buat kenangan, nak2 lampu cemeni tu bukannya mudah nak dapat…..

    Satu jenis lampu lagi yang masih wujud iaitu lampu yang biasa orang buat camping (tak tahulah orang guna lagi atau x sebab saya masih ingat perkhemaha Pengakap diwaktu sekolah rendah ada pakai lampu ni)…..ada cemeni dan pakai minyak tanah- sekarang diesel menggantikannya…..tapi x seterang kalau guna minyak tanah…

    Minyak tanah juga boleh menggantikan karbait untuk meriam buluh…..panaskannya dan dituang dalam buluh….tembak dan dengan pam basikal buangkan asapnya melalui lubang cucuhan…

    Orang dulu2 memang brutal; padam pelita pakai tangan, ada yang kepit pakai jari….bukak air bolol pakai gigi…..

    • admin says:

      Joe,

      Lawas kada sing burinikan, kamana bapatak? Lama tak nampak buih, ke mana sembunyi?

      Saya akan simpan pelita ‘amoi’ dengan baik. Chimneynya dibungkus dengan kertas supaya jangan pecah. Untuk tujuan mengambil gambar, saya guna minyak ‘turpentine’ yang sememangnya ada dalam simpanan.

      Kalau guna minyak tanah untuk main meriam buluh, bunyinya alahai…macam orang batuk.

      • Joewings says:

        Hehehhehee…kerja banyak, cuma tengok2 je Utuhpaloi ni……dan jugak Utuhlinkun…..dapat reply pun waktu2 lapang je…

  5. msj says:

    Hahaha…. biasa lah Saudara brutal urang dulu2…. mana ada bubudak skarang makan tebu tak payah kupas punya… dulu2 jumpa tebu patahkan atau cabut je karate, bagi seruas dua dgn kekawan kopek, kunyah dngn gigi macam tu je hisap manisan hampas di buang….. jambu batu mcm tu jgak jumpa kat pokok panjat gosok lebih kurang dgn tapak tangan hantam… sampai buah biru tepi jalan pun Depa makan….. sambil berjalan kaki berbatu2 jauhnya balik sekolah… jumpa lubuk ikan terjun hahaha…….. nostalgia Brooo

    • admin says:

      Berkisah tentang tebu, sampai hari ini kakak masih ingat bagaimana tebu yang dia tanam dan sayangi ‘rungkang’ di pangkal kena gigit dengan…siapa lagi kalau bukan adingnya nang macal. Maingui tangis kakak maaduakan ka uma.

      Satu lagi cara buka tutup botol kaca…pegang botol dengan tangan kiri, sangkutkan sebelah bawah penutup botol ke tebing benda keras, dan hentak sebelah atas penutup dengan ‘balukuk’ tangan kanan. Katalo ikungnya anak lalaki ulun silih berganti mencuba, tapi tangan dia orang…alamak ai, lembik kaya ‘lingkung’.

  6. msj says:

    Hahaha…..
    Barie push up hari2 Ngah ay karutulan ay tangan anak tu tih hahaha….
    lagi sauting ambil dua botol sauting kiwa sauting kanan disilang babalik antara dua bibir tudung di pusing bagagamat bakuliling di kajuti dikait… apa pacul sauting…. amun butul kicap baapik2 ay luku tatumpah hahaha……….

  7. siti sarimah binti sharer says:

    mengembalikan nostalgia terima kasih untuk utoh paloi

  8. Tuan Admin, salah satu perkara yang tersenarai dalam Mewarisi Kepapaan adalah memadamkan lilin dengan meniup. Mungkin ada kena mengena dengan pantang larang Ibu Tuan ini?

    • Joewings says:

      Memang ada tertulis dalam Kitab Jawhir Mauhub Wamunabbihatul Qulub, terjemahan kita Lubabul Qulub karangan Imam Suyuti…

      • Msj 153/85 says:

        Ganangan bahari…. tukang tukarakan rokok, kauyungannya hantu rokok… hahaha

  9. Marcel George Levi says:

    Hello! I am George from Sarawak malaysia. when I go through your post, Im able to understand the malay language. But then I saw there’s a mix of language you got im there..and the comments. is it selako language?? and by the way where are you from.

  10. Marcel George Levi says:

    Hello! im george from sarawak malaysia. interesting story. and i able to understand the malay language But then i catch few selako language. where are you from?

    • admin says:

      Hi George,

      I am currently residing in Kuala Lumpur. The posting that you read is basically in Malay and the language that may have intrigue you is the language I was brought up with – BANJAR – which I am sad to admit that its days in the peninsular (Malaysia) are numbered.
      My mother (Banjar) is from the Indonesian part of Borneo Island bordering Sabah/Sarawak known as Kalimantan. If you want to hear this language being spoken at large, I suggest you visit the districts of Aluh Aluh, Amuntai, Barabai, Batang Alai, Kandangan, etc in Kalimantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s