Bekas Tentera dan Bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.

Dakapan ‘Ikhlas’ pembela nasib bekas tentera, atau peraih undi!!!!!

“Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini semalam.

Zahid berkata, mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.

Katanya, bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di bawah Bajet 2012.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/11/bekas-tentera-yang-tidak-berpencen-akan-dibantu/#ixzz1qg1YBUgN

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sinar Harian 19 Julai 2009

Waduh waduh, betul ke ni? Imbuhan dapat, pencen pun dapat…cak beh liau maaa.

Tahun 2009…..Timbalan Menteri Pertahanan DOKTOR ABDUL LATIF bersabda “saya akan mengusahakan supaya semua bekas tentera akan menerima pencen mengikut terma ditetapkan” dan sejak itu beliau masih mengusahakan bayaran pencen kepada bekas tentera yang berkhidmat kurang 21 tahun.

Tahun 2012…..Menteri Pertahanan DOKTOR ZAHID pula bertitah “Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi”.

Menteri dan timbalannya kini sedang “on the way” untuk merafak sembah kepada Maharaja yang tengah sibuk buat kira-kira di Istana Sriwijaya.

Berapa agaknya imbuhan dan pencen yang bakal diterima oleh bekas tentera tak berpencen? Kalau ‘Latuk’ Lee Cong Wei yang hanya tau mengangkat reket bola tangkis boleh dibayar sebanyak RM3,000 sebulan, anggota tentera yang pernah mengangkat senjata tentu boleh dapat lebih dari itu.

Andai, kalau dan sekiranya “Guruh di langit mendatangkan hujan” dan “Tebu yang di tanam di tepi bibir” oleh dua orang poli-tikus tersebut membuahkan hasil, antara tiga cabang ATM, tentunya bekas anggota tentera laut yang paling dulu diberi imbuhan kerana YDP PBTLDM orang politik. Bekas anggota tentera darat dan udara kenalah tunggu kalau ada saki baki dari peruntukan RM50 juta yang Zahid sebut tu.

Wah wah dalam meniti senja, semua bekas tentera yang tak berpencen bakal hidup selesa…dengan duit imbuhan dan pencen.

Berapa agaknya habuan yang bakal diterima?

Mengikut perkiraan kesama-rataan, RM50 juta bahagi 80,000 = RM625.

Banyak tu….dengan imbuhan bak durian ditebuk tupai, mereka boleh beli 2 ekor anak lembu – seekor jantan dan seekor betina. Campur makanan lembu-lembu tu dengan ‘bubuk jawa’ supaya cepat membiak macam cepatnya pembiakan bubuk jawa itu sendiri. Hasil jualan lembu boleh beli  kondo mewah di Bangsar dan Singapura, boleh beli tanah di Sriwijaya, boleh beli kereta Mercedes…..

dan semua boleh hatta menukar status DOKTOR ZAHID dan DOKTOR ABDUL LATIF kepada BEKAS MENTERI dan BEKAS TIMBALAN MENTERI selepas PRU 13 nanti.

About these ads
This entry was posted in cuit & cubit, MALAY. Bookmark the permalink.

10 Responses to Bekas Tentera dan Bekas Menteri

  1. sariman says:

    Petsoalan nya kenapa nak dekat pru 13?ikhlas ke pancing undi

  2. Ex-rmn 155/86 says:

    Saya suka sangat ‘Alkisah’ di atas, harap harap bekas tentera semua celik lah mata, jangan lah membabi buta menganggap kononnya mereka ni lah pahlawan negara.. sedar lah mana satu mutiara dari dalam tiram atau dari kulit nya..

  3. shahziana says:

    tunggu punya tunggu macam pru13 makin hampir,janji tinggal janji,rasa rasa nak jadi pembangkang apa kata?

  4. MD ALI BIN NAYAN says:

    sdr sdr fikirkan lah yang mane baik dan yang mane buruknya..kalau betul bekas bekas tentera yang tak berpencen akan dapat imbuhan, Alhmdllh..kalau tak dak kalu..the ball is at your feet!!!

    • admin says:

      Saya setuju dengan kata penutup penulis blog ini “Secara peribadi saya berpandangan jangan terlalu mengharap.” Baca seterusnya DI SINI

      Pandangan peribadi saya…

      Sepatutunya Menteri Pertahanan dan TMP jangan umumkan sesuatu yang masih belum ada kepastian, jangan macam kata pepatah “guruh sabung menyabung, hujannya tak jadi”.

      Saya juga cuma berkhidmat 13 tahun, dan tentunya tidak berpencen. Saya tak mengaharap dan tidak juga meminta khidmat dikenang kerana selama 13 tahun memakai pakaian seragam RMN, saya bukan bekerja secara percuma tapi dibayar upah, sama seperti bekerja dengan majikan lain. Dan kita juga harus ingat bahawa kita tidak dipaksa untuk menyertai ATM (kita masuk dengan sukarela) lainlah kalau kena kerahan tenaga macam negara jiran.

      Tentang tidak berpencen…kenapa tak sign sampai pencen? Rasanya kebanyakan yang memilih untuk tidak menamatkan khidmat 21 tahun bukan kerana ATM tak nak terima, tapi kerana pilihan sendiri…nak berhenti awal.

      QDC dan Saya sendiri sebagai contoh…macam-macam ‘carrot’ digantung RMN supaya kami teruskan khidmat, tapi kerana yakin ‘the grass is greener on the other side of the fence’ kami memilih untuk ‘meragut rumput di padang yang lebih hijau’.

      Oleh sebab itulah, QDC dan saya berkongsi pendapat “kami tidak mengharap apa-apa imbuhan.” Kalau Gomen nak ‘rasuah’ kami, itu kami tak tolak kerana yakin SPRM tak akan dakwa.

  5. Nazran bin Yusof says:

    kita semua adalah kerajaan dan kerajaan dilantik olih raayat..klu ada rezeki kita terima je klu tiada ta mengapa.dalam islam kira berjihad dan terus kekal. klu dapat imbuhan bererti pahala lupus. Ini semua ujian harta dunia sblum wafat…hehe

  6. MD ALI BIN NAYAN says:

    Janganlah berharap sangat, Kerajaan tak mampu nak menanggung segala perbelanjaan untuk bayar imbuhan tersebut..bersyukurlah dengan apa kemudahan yang diberi kepada bekas bekas Tentera kini..

  7. kucai says:

    pru 13 dah dekat… nak pangkah yang mana terpulanglah…

  8. pahlawan tanpa senjata says:

    kerjaya tentera dengan awam tak sama, tentera ada sign on ,sambung perkhidmatan pada tahap tertentu,sign boleh kerja kalau tak blahhh., cari kerja lain.apa susah sangat,bagilah pencen sikit pun tak apa, ikut jangka masa perkhidmatan mereka.

    • Matxb says:

      Kalau di bagi kita ambik tak bagi kita tak boleh nak buat apa apa dia yang berkuasa kat dunia ni kan.aku cuma nak cari tanah je nak buat rumah, itu je kalau dapat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s