Navy zaman orang putih – 2

Navy zaman orang putih bahagian dua yang mewarnai sejarah awal TLDM @ RMN dekad 60an.

 

 

Petikan dari nukilan sebelum ini tentang tiupan Bosun Pipe…dan perhatikan dua orang yang sedang meniupnya:

“Selain itu, tiupan sebagai Mark of Respect bila kapal berselisih, bila CO atau pegawai beruniform dari tentera laut asing, atau pegawai berpangkat Commodore dan ke atas datang melawat atau meninggalkan kapal…tiupan “The Side” Bosun Call dengan note rendah selama 4 saat diikuti dengan note tinggi selama 4 saat dan disudahi dengan note rendah selama 4 saat, semuanya ditiup dalam satu nafas.”

 

Selepas Captain JM Forbes mengambil alih tugas CO KD Malaya, Captain CJ Weir dilantik sebagai NOIC (Naval Officer In Charge) pertama RMN. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Captain CJ Forbes, dan CO KD Malaya diambil alih oleh seorang lagi pegawai Inggeris. Selepas itu barulah bermula era pegawi RMN dengan Hyde Smith (RN/RMN) sebagai pelopor diikuti dengan Captain Ismail RMN.

(QDC, correct me if I am wrong)

Pegawai yang menarik tali nombor dua dari depan (kiri) adalah N.O. KD Sri Kedah 1966/1967.

 

Kenapa kapal zaman dulu banyak Porthole?

Serombong di atas geladak ada kaitan dengan porthole.

Ini baru macam RN sailor…berlenggeng. Kenapa tak pakai baju?

Era itu, RN/RMN hanya membekalkan seluar…baju kena beli sendiri.

Bahasa apalah yang digunakan oleh Chief RN untuk berinteraksi dengan anggota RMN!

Walaupun majoriti anak tempatan hanya bersekolah atap, tapi lama kelamaan mereka boleh juga bertutur dalam Bahasa Inggeris. Antara dialog popular zaman itu:

Commanding Officer: “ODSM Awang, you are charged for drunk…”

Defending Officer: “What have you got to say, Cox’n?”

Coxswain: “Sir, actually he don’t drank man, but he man drank little…”

Apa yang cuba dijelaskan oleh cox’n ialah: “Tuan, dia bukan kaki minum, tapi dia minum sikit saja…”.

Dipendekkan cerita, cox’n tersebut akhirnya merasa juga pakai balak atas bahu.

This entry was posted in RMN Potret, RMN/TLDM. Bookmark the permalink.

8 Responses to Navy zaman orang putih – 2

  1. Mohd says:

    Kenapa kapal zaman dulu banyak Porthole?

    Tiada Air-Con!!!

    Serombong di atas deck masuk angin, portholes, keluar asap.

    Tuan Admin, ada hadiah tak? Hehehehe…..

  2. admin says:

    Masuk angin keluar asap…rokok?

    Abang belon, long time no hear. For the correct answer, if you come to KL I can belanja Teh Tarik Warong, because that’s the only place I can afford to lepak.

    Fast rewind to the 60s, FC, BC, and UJC no problem.

  3. Joewings says:

    Atas kapal mana Tun Razak buat lawatan: kalau UH 1 Huey, MAlaysia mana guna?

    Kerja berlenggeng, nampak kejantanannya….

    • admin says:

      Joe, sorry kerana tak faham…UH 1 Huey tu apa bendanya?

      “Kerja berlenggeng, nampak kejantanannya….”

      Terbaca komen, terasa pula kejantanan diri kerana sentiasa berlenggeng. Sekarang ni pun tengah riba komputer dalam keadaan berlenggeng. Kah kah kah.

      • Mohd says:

        Big Brother,

        UH1 Huey, jenis Heli buataan Bell Helicopters USA. Banyak diguna zaman perang Vietnam sebagai troops carrier, gunship etc. RAAF ada guna, not sure about RAN.

      • admin says:

        Thank you brother for your explanation. At least by asking question, I look or sound stupid for 5 minutes, but if I don’t ask, I will be stupid forever.

      • Joewings says:

        Minta maaf, lambat reply….

        Saya ingatkan atas kapal RMN< terkejut saya sebab helos macam ni MAlaysia tak operasikan….

        Betul, berlenggeng terasa kejantanan, lagipun selesa denagn musim panas sekarang…..

  4. yas says:

    Banyak pulak gambar yg tak keluar…..adess ruginya x dpt tgk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s