Kenapa tajuk posting ini ada abjad (7B)?

ABRM yang duduk nombor dua dari kiri berulang-kali memberitahu “aku nak emel gambar KD Sri Tawau tahun 1966″, tapi sampai hari ini ‘cursor’ di skrin emel masih tak jumpa perkataan ‘send’. (Sorry Encik Bakar kerana cilok dan edit gambar dari facebook).
Bangunan yang dihuni mereka lebih baik sedikit dari pondok yang didiami oleh Hamidon dan rakan-rakan. Prelude kepada sebuah KD (7).
Dari kiri: Imran, Abu Bakar Jamal M1142, Ali, Abu Samah J2127, Abu Bakar.
Berdiri: Yaakob 1167.

Di Tawau ke mana lagi nak dituju kalau bukan panggung wayang, makan gado-gado di tepi laut sambil ‘menggentel kepala mancis’ memerhatikan gelagat anak dara ‘makcik barrel’, dan lepak-lepak di tepi pantai mengharap ikan duyung datang menjelma menagih kasih.
Wah,begitulah kehendak ALLAH,Masuk juga UPBB,GAMBAR DAH SCAN,TAK SEMPAT NAH TULIS CERITA,ANYWAY THOSE WERE THE YOUNG DAYS,TETAPI MASA TU SAYA SEDANG BERTUNANG.SAYA KESIHAN NONA ICE CREAM.
Nyonya ice cream?
“Ada jual ice cream batang?” budak navy tanya
“Talak, tapi kalau lu ada gua mau laa” nyonya menjawab penuh makna.
Menurut Latif, “dah high pun aku masih tak berselera tengok nyonya tu,” tapi ada juga kutu rembat kat hujung jeti.
Itu betul-betul those were the days.
Hehehe…tersenyum lak saya baca entri nih…