Satu masa dulu, setiap kapal RMN yang melintasi garis Khatulistiwa (Equator), upacara seperti di bawah menjadi lumrah.
Gambar-gambar dari koleksi Mono Lim dirakam di atas fox’le KD Kelewang semasa kapal tersebut dalam pelayaran ke Indonesia pada 26 November 1981.




Setiap krew akan diberikan sijil sebagai kenangan.
Masih diamalkan lagikah upacara seperti di atas?
i think not, dengar -dengar pasal dinasihati oleh kor agama. tapi tak boleh confirm. ada sapa-sapa yang tahu.
Saya pun agak begitu kerana…
Kalau benar, maka berkuburlah satu lagi tradisi pelaut.
Semasa KD Rahmat pergi ke ,Selawasih ,Bitong menado,ujung pandang (Makasar kami ada buat tradisi ini , Raja Neptune MCPO ERA CHANDRA,MANAKALA QUEEN TAK SALAH SAYA THOMAS WONG,KENA MAKEUP ORANGNYA PUTIH ,BAIK IMAN KUAT.
TRADISI CROSS THE EQUATOR INI SAYA RASA TAK ADA BUAT LAGI.
CPOERA Thomas Wong…kami sama-sama dismantle starter KE20 untuk tukar solenoid, dan dia juga ajar saya cara buat tappet adjust.
ayah saya rasanya ada sijil macam ni..ditulis order of the golden shellback kalau tak silap saya..masih lagi tergantung di rumah lama..saya juga masih menyimpan gambar2 lama ayah saya waktu berkhidmat dalam Navy di woodlands..ade gambar2 kapal..kalau tuan berminat berikan lah email tuan akan saya scanned dan hantar..mana tahu ada koleksi gambar2 yang menarik hati tuan..
Terima kasih atas kesudian saudara memeriahkan blog ini. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Harap dapat saudara buka ‘inbox’ emel saudara untuk mendapatkan alamat emel saya. Terima kasih daun keladi.
salam tuan,
last saya lalu khatulistiwa tahun 2005 semasa misi Timor Leste…masih dilakukan tapi dah bkn mcm zaman tuan…cuma ada keraian sedikit, ragging skit, makan2, karoke dan nengok movie…sijil pon dah lain…(ex LT RMN Izhar)