Bosun Pipe @ Bosun Call amat sinonim dengan rutin harian kami di KD Malaya Woodlands dan kehidupan di kapal pada era itu.

Jam 0600, kedinginan pagi di dormitori Blok ‘B’ KD Malaya Woodlands dihangatkan dengan tiupan nyaring Bosun’s Call oleh Bosun’s mate @ Botswain’s mate @ Quartermaster Main Gate yang disalurkan menerusi pembesar suara.
Selepas Bosun Call, Chief (RN) bertugas menyambung dengan kata-kata perangsang, “Wakey, wakey, bright and shine, lovely breakfast, lovely sunshine…”
Atau kalau Chief (RMN) Yaacob Mat Jan dengan pantunnya, “Sang suria indah permai, capai berus gigi terus mandi, sarapan pagi menanti di galley…”
Jam 1200, tiupan dengan note tinggi-rendah berselang seli selama 30 saat menandakan masuk waktu untuk makan tengahari. (Tiupan “Hands To Dinner” ini jarang dilakukan kerana hanya QM tertentu sahaja yang mahir meniupnya)
Tepat jam 2000, sekali lagi tiupan Bosun Call memecah kesunyian. Tiupan “The Still” dengan nota tinggi mendatar selama 8 saat adalah arahan untuk kami diam, berdiri tegak di tepi katil masing-masing menunggu ketibaan Officer Of the Day (OOD) buat pemeriksaan – tandas paling utama.
Selesai OOD buat round keseluruhan Blok ‘B’, tiupan yang paling kami nanti-nantikan - “Carry On” – dengan note tinggi selama 1 saat diikuti dengan note rendah selama 1 saat yang membawa erti round selesai dan OOD bersedia untuk beredar dengan menaiki kereta Ford Anglia stationwagon warna hijau tentera.
Tepat jam 2200, sekali lagi kedengaran tiupan Bosun Call - pipe down - dengan note tinggi selama 4 saat diikuti note rendah selama 6 saat, dan diakhiri dengan note tinggi pantas (abrupt end). Tiupan ini merupakan arahan untuk memadam lampu pada setiap dormitori di Blok ‘B’.
NB: Blok ‘A’ atau blok ship’s company pipe down jam 2230.
Itu adalah tiupan rutin, namun terdapat juga tiupan “General Call” yang tidak rutin seperti membuat pengumuman tentang sesuatu perkara penting, “Clear Lower Deck”, atau “Rekrut M2030, you are required to report at the Main Gate…”.
Tiupan General Call terbahagi dua – note rendah menaik dalam satu saat, pause dan diikuti dengan note menaik selama 3 saat dan menurun pantas.

Kegunaan Bosun Pipe bukan sahaja terhad di KD Malaya, tapi amat banyak digunakan di kapal. Sesiapa yang pernah bertugas di PC atau IMS di mana setiap krew terpaksa mengikut giliran bertugas di gangway, Bosun Pipe tak lekang dari leher. Malah semasa menyerahkan tugas, selain menyerahkan buku “Round Correct”, QM juga mesti menyerahkan Bosun Pipe kepada pengganti.
Apa kegunaan Bosun Pipe di kapal?
Colours dan Sunset adalah tiupan rutin bila kapal bertambat di jeti.
Selain itu, tiupan sebagai Mark of Respect bila kapal berselisih, bila CO atau pegawai beruniform dari tentera laut asing, atau pegawai berpangkat Commodore dan ke atas datang melawat atau meninggalkan kapal…tiupan “The Side” Bosun Call dengan note rendah selama 4 saat diikuti dengan note tinggi selama 4 saat dan disudahi dengan note rendah selama 4 saat, semuanya ditiup dalam satu nafas.
Nampak mudah digunakan tapi bukan semua orang boleh melakukan dengan baik. Bukan sekali dua kami mendengar bunyi sumbang atau yang teruk tak berbunyi langsung bila Bosun Pipe ditiup.
Bila terjadi begitu, CO/XO muka macam udang dibakar. Akibatnya memekaklah bunyi di Fox’le Mess atau Quarterdeck mess dengan krew terbabit berlatih meniup Bosun Pipe. Kekadang gelihati pun ada…masa berlatih bunyi boleh tahan, tapi bila tiba masa untuk diaplikasikan, seperti juga tendangan penalti, darah gemuruh menguasai diri dan Bosun Call tetap juga sumbang atau bisu.
Di bawah adalah contoh note tiupan Bosun Call yang sering digunakan:

Yang bengkang bengkuk macam mata gergaji itu dipanggil ‘Warble’. Bunyinya macam kicau murai waktu pagi…bingit.
Bosun pipe ni bunyinya macam wisel ke?
Very good question.
Wisel bunyinya kosong (hollow), Bosun Pipe bunyinya padat dan nyaring. Note dan tunenya pula boleh dipelbagai.
Bosun pipe di atas milik kawan admin, pengumpul khazanah purba dari Sungai Petani. Katanya dia beli di Pulau Pinang dari penjual barang-barang lama.
KAlau dalam cerita2 Navy memang selalu terdengar dan keluar perkataan: “All hands on the deck”
ada orang sebut bosun pipe ada orang sebut bosun call, mana yang betul?
Ramai yang keliru antara Bosun Pipe dan Bosun Call. Masa berkhidmat di Patrol Craft dulu, saya selalu bertegang urat leher dengan kawan-kawan yang tak mau menerima hakikat bahawa Bosun Pipe itu ialah apa yang orang hari ini sebut “HARDWARE”, manakala Bosun Call itu adalah bunyi panggilan, e.g. “The Still”, “The Carry on”, “General Call” dll.
Sampai hari ini pun, bila berbual dengan ‘orang lama’, mereka masih menyebut Bosun Pipe sebagai Bosun call.
Tahniah Tn. Admin atas paparan coret Bosun Call
Izinkan saya tambah nilai sejarah Bosun Call ,kalau kita lihat
ia merangkumi kepada berberapa element,yang bulat ialah bouy,batangnya meriam, di bawah keel kapal,dan rantai ialah ships cables ia melambangkan sebuah fighting ship tentera laut saya masih menyimpan Bosun Call yang saya memenangi peraduan tiupan tersebut
Terkenangggggggg di masa duluuuuuuuuuu,hati ku merasa rinduuuuuuu.
Satu kemestian petugas quartermaster ‘morning watch’ ialah tiupan “wikie wikie’ utk mengejutkan anak2 kapal bangun pagi… disusuli dgn kata2 semangat sebagai perajurit mempertahankan tanah air. Itulah keistimewaan kehidupan warga TLDM yg menjadi ‘shipcrew’ bangun pagi pun dikejutkan…. saperti kata ABJ terkenang dimasa dulu, hati ku merasa rindu…..
pernah belajar tiup sehari suntuk dalam cable locker
hello -
Salam tuan, skrg ini bosun pipe telah dipelajari dari peringkat sekolah lagi oleg pengakap laut…cuma meraka perlu tahu 4 sahaja, tak mcm zaman saya kadet kene boleh tiup 7 tiupan…tapi yg original RN di website sgt mahal…mmg xmampu nak beli…nasib baik UK sea scout jual murah…tapi bunyinya xsedap sgt…ntah2 kalau di laut langsung tak dengar