Cerita kereta 11 – Jadual Penyelenggaraan

boleh tak sekiranya tuan admin & pembaca beritahu kepada pembaca2 lain yg seperti sy,apa yg patut di selenggara dan barang apa yg akan ditukar pd kilometer tertentu ketika servis..semoga tidak ada lg ketidakpuasan hati di lain kali

sy servis viva elite sy untuk 10k km ke 20k km.
sy di cas dgn harga rm223. terkejut sy..
rupa2nya spark plug sy ditukar dan jangka hayat spark plug itu sehingga 2014.

sy servis di servis centre perodua glenmarie, shah alam.

Komen di atas oleh pembaca yang menggelar dirinya ‘Murni’ mendorong admin untuk meneruskan cerita kereta yang sudah lama terhenti.

Disebabkan tak pasti Murni ini perempuan atau lelaki, maka izinkan admin menggunakan gantinama ‘saudara’ untuk memudahkan penulisan.

Membaca komen saudara membuatkan admin bertanggapan bahawa saudara membeli kereta baru. Kalau benar, maka saudara pasti ada memiliki buku “Owner’s Manual” seperti di atas.

Masalah yang sering dihadapi pemilik kenderaan ialah mereka tak pernah membuka, membaca dan memahami isi kandungan yang diberikan oleh pembuat kereta. Bila menghantar kereta untuk senggaraan, mereka bergantung-harap sepenuhnya kepada budi bicara Service Advisor.

Kekadang admin terfikir apakah tugas sebenar Service Advisor. Mungkinkah mereka dilatih untuk memeras pemilik kenderaan, atau mungkinkah mereka diberi insentif berdasarkan jumlah yang dibayar pengguna ‘over and above the standard service charge’?

Kalau saudara memiliki buku Owner’s Manual, cuba buka muka surat di bawah seksyen JADUAL PENYELENGGARAAN atau dalam Bahasa Inggeris MAINTENANCE  SCHEDULE.

Maintenance Schedule di atas admin scan dari buku Owner’s Manual Viva SX 1 Lit, yang dibeli pada 25 Julai 2008. 

Perhatikan dua jenis tanda dalam kotak – tanda bulat dan tanda bulat hitam.

Tanda bulat hitam adalah saranan untuk menukar sesuatu, manakala tanda bulat adalah saranan untuk pusat servis memeriksa.

Sebelum menghantar kenderaan untuk diservis, baca dan ingat atau lebih baik lagi catit atas sekeping kertas apa yang disaran-tukar pengeluar kereta. Berikan kertas tersebut kepada Service Advisor dan beritahu apa yang saudara inginkan berdasarkan apa yang telah dicatit. Dengan berbuat demikian, secara tidak langsung saudara menekankan kepada Service Advisor tentang hak dan pendirian saudara, “Kereta milik saya, duit dari kocek saya, tugas anda hanya mengikut arahan saya (pengguna)”.

Berkaitan Palam Pencucuh atau Spark Plug yang saudara sebutkan…Boleh dikatakan keseluruhan pusat servis Perodua meminta pemilik kenderaan menukar setiap 10,000 km. Tapi jangan pedulikan dengan saranan ‘lintah darat’ a.k.a. pusat servis.

Dan jangan pula biarkan spark plug tidak ditukar hingga tahun 2014 seperi yang admin faham dari komen saudara. Tukar setiap 40,000 – 50,000 km.

Di atas ialah invoice dari pusat servis Perodua Batu Pahat untuk 60,000 km service.

Perhatikan ayat paling atas, “Owner request basic service only”. Dan perhatikan jumlah invois: Upah RM35.00 + Parts RM86.75 = RM121.75

Kalau dengar syor Service Advisor, mungkin jadi macam kawan se pejabat isteri admin yang mengeluh setiap kali menghantar kereta Kancilnya ke Pusat Service Perodua,“Ayo, they charge me 400+ + ringgit, what they change eh”.

Macam mana tak kena ketuk hingga 400 + + ringgit kerana dia mengangguk macam burung belatuk bila Service Advisor cadangkan yang bukan-bukan – setiap kali servis tukar coolant, spark plug iridium, brake fluid, gear oil, air filter, dll  sedangkan ianya hanya perlu ditukar setiap 40,000 km atau 80,000 km atau 100,000 km.  

Dan pernah juga perempuan tersebut mengadu kena ketuk RM600++.

“How much you pay when you service your car?” pemilik Kancil bertanya kepada isteri admin.

“I dont’t know, my husband service himself…” sama seperti kawan se pejabatnya, isteri admin tak tahu apa yang perlu ditukar, dan berapa kos routine maintenance.

Minyak Petronas mineral 4 lit = RM57 (staff purchase) + Oil Filter Hyundai Matrix original = RM15. Jumlah keseluruhan RM72.00 untuk setiap 10,000 km. 

Nila RM semakin kecil, purchasing power kian merudum…makanya kita harus berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pacat dan lintah darat yang berlindung di sebalik pakaian seragam - Service Advisor. 

NOTA KAKI:

Insyaallah, dalam masa terdekat admin akan tulis kisah suka-duka memilki kereta VIVA (anak) – dan cara menangani permasalahan sekiranya pusat servis buat acuh tak acuh.

This entry was posted in kereta & DIY, MALAY. Bookmark the permalink.

2 Responses to Cerita kereta 11 – Jadual Penyelenggaraan

  1. murni says:

    (istifar istifar istifar)

    tQ tuan admin..
    sila terus menulis :)

  2. CgGuM says:

    salam taun admin.terima kasih untuk segala perkongsian yang bermanfaat.sy nk tanye pasal coolant,ade pomen ckp x perlu pakai coolant,pakai air suling pun dah ckp n klu kite tukar coolant brapekah jarak pejalann untuk tukar coolant tersebut.tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s