FAKTA: KD Rahmat belayar balik ke Malaysia setelah lebih enam tahun dalam pembinaan. Atau lebih 3 tahun tergendala.
FAKTA: Tahun 1982, KD Rahmat melangkah ke belakang apabila bercerai ‘talaq tiga’ dengan SEACAT quadruple launcher dan director untuk memberi ruang kepada meriam bofors.
Kenapa tergendala? Kenapa bercerai?
Spesis makhluk pewaris DNA ‘Mat Jenin’ yang baru belajar merangkak sudah berangan untuk jadi raja pecut.
Kerana inginkan lain dari yang lain, cucu cicit ‘Mat Jenin’ menempah kapal dari jenis Frigate dengan ‘ciri-ciri yang berbeza dan kemampuan tertentu’.
Masa itu, walaupun hanya ratings, kami tahu juga sedikit sebanyak tentang kapal perang, lantas tertanya-tanya sesama sendiri, “Kenapa RMN tak tempah saja Frigate dari Leander Class yang pada waktu itu adalah ‘The Frigate’ yang telah terbukti keampuhannya?”
Apakah Leander Class Frigate yang diguna oleh Royal Navy, Royal Australian Navy, Royal New Zealand Navy, Royal Netherland Navy, Chilean Navy, Ecudorian Navy, Indian Navy dan Pakistan Navy tidak menepati citarasa RMN? Atau kerana kosnya bukan lagi rahsia (Sekitar £6 – £7 juta), maka itu jumlah keuntungan (commission) juga tidak boleh dirahsiakan.
Oleh kerana KD Rahmat merupakan ‘the one and only frigate of her kind’, maka siapa saja yang deraf ke frigate tercanggih di rantau Asia Tenggara ini tak terasa perbezaan dengan deraf ke KD Malaya atau FMU/FTS - datang kerja sebelah pagi dan balik ke rumah (married men) sebelah petang.
Dan kalau tak bertambat di MBJ, KD Rahmat akan mengeram macam ayam betina di Jurong Shipyard.
Sejak deraf ke KD Rahmat dari hujung 1975 hingga awal 1977, hanya tiga kali aku (kami) keluar belayar. Pelayaran pertama ke Laut China Selatan untuk menguji – buat kali pertama dan terakhir – peluru berpandu SEACAT (Kucing Laut). Dengan disaksikan oleh krew kapal pengiring Riverclass Destroyer Royal Australian Navy, dan dirakam oleh krew RTM, KD Rahmat melepaskan dua ekor ‘Kucing Laut’ (Kucing Liar) ke udara. Keputusannya? Klik DISINI.
Aku masih ingat kata-kata sinis MCPOREA Rahim di atas geladak, “Makin botak kepala Tun Razak…”. Betapa tidak, dua buah SEACAT yang dilepaskan tak boleh dikawal – tersasar jauh dari sasaran-tunda-udara (drone).
Balik dari ujian, kapal terus masuk Jurong Shipyard untuk ditepung tawar (buang suwei) sebelum keluar tayang badan di Pulau Pinang.
Sekembalinya dari Pulau Pinang, dan dalam keadaan semput (unfit for sea) KD Rahmat belayar lagi untuk bersandiwara (open to visitors) di Pelabuhan Kuching, Sibu, Labuan, KK dan Tawau.
Pelayaran ke Malaysia Timur – merentas Laut Cina Selatan – membuat kami sentiasa resah. Kenapa?
Sudah berbulan-bulan bekalan elektrik KD Rahmat berada pada tahap kritikal. Kalau di MBJ tak apa juga kerana bekalan elektrik diambil dari shore supply. Tapi bila di laut, kapal bergantung harap kepada sebuah generator saja.
Starboard Generator atau Generator ‘A’ yang terletak di Engine Room - hanya sebuah ini sajalah yang boleh diharap.
Port Generator atau Generator ‘B’ yang juga tereletak di Engine Room sudah lama nazak – tinggal nyawa2 ikan. Walaupun sudah beberapa kali buat transplant dengan mengambil parts dari generator ‘C’, namun ia hanya boleh diguna beberapa jam sehari. Itu pun sementara menunggu generator ‘A’ di selenggara.
Generator ‘C’ yang terletak di bow 1st deck bersebelahan Chief Petty Officers Day Room atau Rest Room, sudah BER (Beyond Economical Repair) kerana telah kehilangan banyak anggota badan di cannibalised sebagai talian hayat untuk memanjangkan usia generator ‘B’.
Bila duduk bersembang di CPO rest room, kami kerap bergurau mencari calon-calon yang berbadan tegap untuk dipilih memegang pendayung kiranya generator utama ‘kaput’. Buffer CPOSM Ibrahim ‘belolok’ selalu jadi bahan gurauan.
Setelah hampir sebulan membohongi ribuan pengunjung di pelabuhan Sabah/Sarawak, kami rasa lega bila KD Rahmat mula memasuki Selat Johor. Mereka yang berkeluarga sudah mula membayangkan keceriaan bersama anak isteri di rumah. Begitu juga dengan mereka yang masih bujang.
Sedang kawan karibku Adam, yang dulunya amat pemalu, melamun memikirkan girlfriend mana yang hendak didahulukan menerima buah tangan berbentuk langsir seashells dan rantai mutiara yang dibelinya di Labuan, tiba-tiba dia tersentak dari lamunan bila CPOERA Thomas Wong, rakan sekapal yang paling rapat dengannya memberitahu…engine room on fire.
Sebaik saja melewati Sembawang Shipyard (EX RN Dockyard), kotak gear main bunga api. Mujurlah petugas engine room tangkas bertindak memadam kebakaran, kalau tidak mungkin kami terpaksa adandon ship macam krew KD Seri Inderapura.
Susulan dari kejadian itu, propeller enggan berpusing dengan sempurna – CPP JAMMED AT ZERO PITCH.
Setelah bertungkus lumus mencari penawar dengan pelbagai jampi serapah, jurutera melaporkan…“CPP unable to function properly. Propeller blades jammed/locked at the Astern position, and hence KD Rahmat can only move Backward or Astern only”.
Aku boleh bayangkan dilemma CO ketika itu. Nak minta bantuan tugboat atau PC untuk menarik KD Rahmat balik ke MBJ…ahh tak mungkin. Antara rela dan terpaksa, CO membuat keputusan bijak…belayar ‘songsang’ dengan bow di belakang dan stern di hadapan hinggalah sampai ke MBJ.
Apa rasionalnya tindakan CO?
Aku rasa CO ingin mengkelabui puluhan spy RSN (Republic of Singapore Navy) yang sentiasa mengawasi pergerakan kapal-kapal TLDM. Beliau cuba menimbulkan persepsi bahawa KD Rahmat sedang membuat latihan belayar gostan. Kepada kami yang berada di kapal, itu adalah kemuncak derita KD Rahmat – Raja Lawak yang digembar-gemburkan sebagai state-of-the-art frigate.
Apa yang ternukil cuma sebahagian kecil ‘penderitaan’ KD Rahmat yang bakal menagih jutaan ringgit duit pembayar cukai sebelum dipertontonkan kepada orang awam sebagai Museum (I hope not because KD Rahmat had nothing to be proud of other than unending misery).
KD Rahmat, kakak kepada Jebat dan Lekiu, adalah kapal RMN pertama yang memiliki ciri-ciri berbeza dan kemampuan tertentu. (meminjam ungkapan Menteri Pertahanan di Parliamen sebagai alasan kenapa kos Scorpene milik RMN lebih tinggi dari negara lain).
Salah satu kemampuan tertentu KD Rahmat ialah belayar ‘songsang’?
NOTA KAKI:
“Apa itu CPP (Controllable Pitch Propeller)?
A controllable pitch propeller or variable pitch propeller is a special type of propeller with blades that can be rotated around their long axis to change their pitch. If the pitch can be set to negative values, the reversible propeller can also create reverse thrust for braking or going backwards without the need of changing the direction of shaft revolutions.
Atau kalau diringkas-terjemah ke Bahasa Melayu…
Pusingan kipas (propeller) KD Rahmat boleh diubah untuk membuat kapal bergerak ke hadapan atau ke belakang tanpa perlu mengubah arah pusingan shaft.
Saudara Admin,
Sejak saya sertai TLDM saya memang pernah dengar (hearsay) KD Rahmat masuk MBJ secara songsang. Hari ini baru saya dapat pengesahan dari mereka yang terlibat.
Pak Mail,
Kejadian itu berlaku pada tahun 1976. Sebenarnya banyak lagi cerita misteri KD Rahmat yang berlaku selama saya menjadi krew.
Selepas tayang badan di Sibu, dan sedang kapal menghampiri Pulau Labuan, 4 buah UHF Transceiver jenis PTR171 (Casing warna hitam) ‘konk’ serentak. Mujurlah ada sebuah spare dari jenis manpack A43R (Casing warna hijau) untuk CO berkomunikasi dengan COMNAV East. Sedang anak buah shopping di Labuan, saya memerah otak di workshop membaik pulih peralatan.
Dan banyak lagi kisah pelik yang akan saya ceritakan dalam Menyusur Denai Ingatan.
KAlau alat comunication pun boleh konk….payah…silap2 kapal terpaksa dibakar bagi memberi isyarat asap seeprti red indian…
‘the one and only frigate of her kind’,
Tuan
Semasa kapal kami menyusuri Mae Nam chao Praya pada tahun 80an, saya pernah di tunjuk oleh Bangkok River Pilot (kesemua mereka bekas anggota Royal Thai Navy) sebuah RTN Frigate, sister ship of your Rahmat katanya.
Bentuk fisikal mungkin sama tapi peralatan jauh berbeza. By the time RMN took delivery, our equipments have become obsolete.
So, ciri2 yang berbeza is not a new concept thing in RMN.
The concept started in 1966 or 1967…masa tu kami terbaca keratan akhbar di papan kenyataan KD Malaya tentang pembelian frigate baru. Kalau tak silap harganya sekitar 60 – 66 juta ringgit. (Leander Class sekitar 45 juta – 50 juta ringgit)
Concept lama tapi ayat diolah sedemikian rupa oleh ‘putar alam’ di Dewan Rakyat untuk justify cost inflation.
Tuan
Semasa kapal kami menyusuri Mae Nam chao Praya pada tahun 80an, saya pernah di tunjuk oleh Bangkok River Pilot (kesemua mereka bekas anggota Royal Thai Navy) sebuah RTN Frigate, sister ship of your Rahmat katanya.
Betul tu Tuan XCMAN = Sila rujuk facta dari internet
The HTMS Makut Rajakumarn is a frigate operated by the Royal Thai Navy. The ship was built by Yarrow Shipbuilders in Glasgow, Scotland. The ship entered service in 1973 and is currently (2010) in service as a training ship.
The design was based on the Malaysian frigate KD Rahmat, but is slightly larger and has a second gun at the stern. The ship was refitted in 1985-88 following and engine room fire in 1984, with the Sea Cat missiles and Limbo anti submarine mortar removed and replaced by anti-submarine torpedo tubes and new radar and sonar.
Built by Yarrow Shipbuilders Scotstoun, -Yard No 1004
Last Name: MAKUT RAJAKUMARN
Propulsion: Diesel and gas turbine
Built: 1973 – Ship Type: Frigate -Tonnage: 1900 – disp Length: 97m -Breadth: 10m
Owner History: Royal Thai Navy
Status: Sailing – 1990 — Crew: 140
Builder: Yarrow Shipbuilders, Glasgow -Launched: 18 November 1971
Commissioned: 7 May 1973 -Status: in service as a taining ship (2010)
General characteristics
Displacement: 1,650 tons standard, 1,900 tons full load
Length: 97.6 m -Beam: 10.97 m -Draught: 5.5 m
Propulsion: 2 shaft CODOG -1 Rolls-Royce Olympus gas turbine 19,500 hp -1 Crossley Pialstick diesel 6000 hp
Speed: 26 knots (18 knots diesels only) -Range: 5000 NM – at 16 knots -1200 NM at 26 knots
Sensors and processing systems:
Radar – HSA LW-04, HSA WM-22, Decca 626
Sonar 170B, 162, Plessey M27
Armament:
Anti-aircraft missile (1×4) Sea Cat (later removed);
2 4.5 in Mk 8 guns
2 x 40 mm Bofors AA guns (2×1)
1 Limbo anti submarine mortar(later removed)
2 x 3 anti-submarine torpedo tubes (added in 1988 replacing Limbo)
No wonder, the % culture was deeply inculcated among those within the corridor of power.
Asskum ini lahpadahnya memiliki kapal perang aneh lain dari lain kepala diatas senang di kelentong oleh matsaleh yarrow kunun tercanggih akhirnya duit orang kampong den losap
Kalau tak silap harganya sekitar 60 – 66 juta ringgit. (Leander Class sekitar 45juta – 50 juta ringgit)
Tuan tuan = 60 – 66 juta ringgit (MAI PENG – KONG DEE)
TUAN XCMAN MESTI TAHU MAANA (MAI PENG – KONG DEE)
Tolong kasi tahu Tuan Admin….
ex kd rejang
mai peng. phut Thai midai.
mai peng. phut Thai midai.
Mai pain rai….krup khun
Xcman & ex kd rejang
Amun pandiran banjar, ulun magun haja ruhui, tagal ham amun surahan siam ulun kada pati bisa.
duit orang kampong den losap
Hamzah,
Oo Samalah den, Duit cukai getah skrap dan getah salai kami di kampung pun kena tibai biaya tambang kapal terbang QDC pergi balik UK (2X).
Saya xkd rahmat dr thn 84 sampai 86, tidak kurang dari 5x terbakar, tapi syukur semua dapat dipadam sebelum api jadi besar.
Amun pandiran banjar, ulun magun haja ruhui, tagal ham amun surahan siam ulun kada pati bisa.
Ex kd rejang, tuan tanah dah marah tu….kih3x
loya lagi memualkan ….
org kata sbb pakai nama HANG JEBAT, tapi bila tukar nama RAHMAT pun sama
Tuan Tuan – nama “RAHMAT” boleh kah di beri kapada kapal perang????
KAlau beri kat nama kampung suitable sangatla…macam Kampung Ramhat bersebelahan dengan kampung tuan Admin….
Tuan Tuan – nama “RAHMAT” boleh kah di beri kapada kapal perang????
Sir, I am sure you would have heard DESPERATE TIMES CALL FOR DESPERATE MEASURES’ At that point in time when nothing seemed to be working as planned, those walking the corridors of power would not hesitate to change anything so long as their share of the spoils were left intact.
RAHMAT means blessing. Had someone suggested another name and promised that it will cure the ills of the ship, they will not have second thought of complying…KD ?????
saya pernah dengar cerita kd rahmat belayar songsang tapi baru hari ini dapat pengesahan.
Teruk 2x…dapat kapal meragam….NAsib baik tak ada yang KIA waktu kawal kebakaran tu…..
Buat malu je kalau kapal berlayar songsang macam tu kerana kerosakan…lepas tu senjata yang dikira canggih digantikan dengan senjata konvensional…
“Sekembalinya dari Pulau Pinang, dan dalam keadaan semput (unfit for sea) KD Rahmat belayar lagi untuk bersandiwara (open to visitors) di Pelabuhan Kuching, Sibu, Labuan, KK dan Tawau.”
Nasib baik saiz besar, kalau tak kes tenggelamnya KD Sri PERAK MULA LEBIH AWAL DARI TU….
Beli Condor pun masalah jugak, laju je mudah terbalik….
Dalam awal 70 an dulu, TD dalam ujian untuk memilih antara HK 33, M16A1 dan Beretta AR 70 .223 bagi menggantikan SLR….Beretta memberikan prestasi baik dengan pistol gripnya bersesuaian dengan genggaman tangan anggota TD, begitu juga M16 tapi yang menang dalam pilihan ialah HK 33; yang dikatakan mudah jammed hatta di lapang sasar, sistemnya komlikated berbanding dengan M16 dan Beretta serta beratnya lebih berbanding senjata tersebut (hampir kepada SLR tapi calibernya kecil) serta magazin yang panjang menyebabkan ketidak selesaan ketika menembak dalam keadaan prone….apabila banyak aduan dan masalah dikemukakan…barulah M16 dipilih semula….
HAl ni berlaku apabila tentera kita dapat STYER AUG yang dipasang oleh SMEO Malaysia, macam kereta Proton, dengan masalah fogging pada scope jika digunakan masa hujan, dan ciri2nya amat berbeza dan mutunya jauh lebih teruik berbanding dengan AUG yang digunakan Australia dan negara asalnya Austria….(tentera kita ada juga dibekalkan dengan AUG versi kidal yang mana ianya diimpot terus dari STYER Austria- itu yang dapat membezakan mutunya)….
Baru senjata ringan….belum lagi kita beli Scorpion pada awal 80an dulu…bukan semata2 nak lawan PKM tapi nak tayang untuk hari kemerdekaan…..beli kereta kebal ringan bukan kereta kebal sederhana yang sesuai dengan bumi Malaysia….silap2 terbakar kena ligan dengan RPG macam kes V150 terbakar ditembak RPG oleh PKM di Baling-Kroh pada 1979 dulu…..
Nak cerita lebey2 kang masuk kategori OSA kang….hehhehehehee….
Shhhhh…pariasident PERKOSA @ Katak Puru marah nanti.
Gomen beli senjata pertahanan nak mengkayakan orang Melayu bukan nak pertahan negara…yang dapat kontrak tak makan sorang, dia share dengan yang bantu dapatkan kontrak, dia share dengan yang luluskan kontrak, dia share dengan kasino di Las Vegas dan Monte Carlo.
Toik..toink..toink…bunyik katak lompat….
Saya ingat, budaya makan komisen ni era Mahaperdana…rupanya dizaman bapaknya Najib orang Melayu suda pandai makan komisen maaa……
Apa yang ternukil cuma sebahagian kecil ‘penderitaan’ KD Rahmat yang bakal menagih jutaan ringgit duit pembayar cukai sebelum dipertontonkan kepada orang awam sebagai Museum
jutaan ringgit duit pembayar cukai…..untuk diagih kepada kroni?????
Muzium website kata kd rahmat termodern, terbaik, ter ter ter tapi satelah baca artikel utuhpaloi, cam banyak problen jer kapal ni.