Khidmat terakhir seorang anak

Emel yang  diterima pagi tadi membuat aku terpanggil untuk memuat-naik di sini dengan harapan dapat dijadikan iktibar.

“Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu-bapa ialah MEMANDIKAN, MENGKAPANKAN, MENYEMBAHYANGKAN DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.

Lakukan dengan tangan-tangan kita sebagai anak-anak.

Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu-bapa kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah rentetan pengalaman Dr Harun Din dan keluarga.

Jiran kepada ibu Dr Harun Din (Dr HD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. Beliau memberi salam tetapi tiada jawapan. Beberapa kali salam diberikan namun masih tiada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu Dr HD, dan terlihat dia sedang sujud dalam solat.

Lalu jiran ini balik ke rumah.

Beberapa minit kemudian, dia datang semula untuk berjumpa ibu DR HD. Dilihatnya masih sujud.

Hatinya berkata-kata - macam ada yang tak kena. Dia masuk ke rumah untuk melihat dari dekat ibu Dr HD.

Subhanallah…rupa-rupanya, ibu Dr HD telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan sujud menghadap Allah.

Ya Allah mulianya kematian ibu Dr HD.

Perkara yang paling mulia yang dilakukan keluarga Dr HD ialah: Menyempurnakan sendiri jenazah ibu mereka – mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan tanpa jenazah ibu mereka disentuh orang lain.

Ada jiran-jiran yang ingin membantu tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan lembut, “BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBERI KHIDMAT YANG TERAKHIR UNTUK IBU”.

Ketika hujah itu diberikan, masyarakat yang hadir menitiskan air mata kerana insaf betapa mulianya anak-anak yang dikandung, dilahir dan dibesarkan oleh ibu itu. Paling menyayat hati masyarakat yang hadir apabila adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke liang lahad mengebumikan jenazah ibu mereka.

Beberapa orang yang hadir memohon dan berkata, “Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini, menurunkan jenazah ibu Tuan Guru.”

Permintaan ini ditolak oleh Dr HD dengan hujah yang sama, “Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu”.

Yang hadir di tanah perkuburan ketika itu menitiskan air mata tawaaduk atas ketinggian akhlak anak-anak yang diasuh hingga sedemikian.

Hebat ibu ini memupuk akhlak dan keilmuan anak-anak mereka. Maka tidak hairanlah bahawa Dr HD, Hasan Din dan Ishak Din disegani oleh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana akhlak mereka yang mulia.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya berlinangan apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan bersama jenazah ibu bulan Feb 2009 yang lalu.

Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A’lam.

Baca – hayati, selami dan insafi.”

NOTA KAKI:

Terfikir…seorang pemimpin negara pernah mempersenda air jampi Dr Haron Din. Apakah pemimpin tersebut memiliki keilmuan hingga boleh mengurus sendiri jenazah ibunya? Atau dia hanya memiliki ilmu putar alam?

This entry was posted in cuit & cubit, MALAY. Bookmark the permalink.

3 Responses to Khidmat terakhir seorang anak

  1. Joewings says:

    Spin doctor?

    Atau dia upah orang JAKIM yang buat jek…ngehngehngeh….

    Tuan admin:

    Hebat tuan nih…semoga saya dan adik beradik lain diberi peluang dan kesempatan seperti tuan……

  2. Msj says:

    T kasih Tuan….
    *Kawa lah antari ako gambar timeline diatas tuh… asanya di padang kawat KD Malaya Woodlands sako… tutup hudah
    Kaganangan kawan ku suah mamikul locing ganal kaliling padang kawat napang tatangkor 9 kali pukul 8 pagi…. tq

  3. Msj says:

    Sajak Sakolah Bahari
    Aku taganang masa sakolah bahari Darjah 1 tahun 1970
    baca ha….. ada ai nang kada tabuat….

    Sakolah Bahari

    Bajurut ciplak ciplak babatis
    Bilang takulayak kulimbit batis kasut baru
    Ada nang bacapal hak bagabuk
    Asal sakolah jadiam
    Marikit rambut disurui Umak
    Minyak tanco mancalingit babalah higa
    Lilihan liir bajamur di hangat
    Kada apa ah.. asal sakolah jadiam
    Galurukan haja ah parot kada sarapan
    Napang babantasan limping basumap sadap banar tu
    Kakadang cakodok bungul disulum nyaman
    Amun nasi basanga barabut ading baading
    Dua pusen mayuk haja sangu
    Bakarut awan karit pakit takutan hilang
    Ramiknya amun diganang
    Kada apa ah asal sakolah jadiam
    Baliwa kahiga bispa dadaradai
    Jabul gabuk jalan Cikgu ganal lalu
    Kada mangulih ah.. kakanakan miskin napa
    Kakanakan halui napa
    Kakanakan bahingusan kada karuan ditata
    Lastik di puhun gulu kada kalumpanan
    Simpun dikampil dalam darjah
    Sawat haja manargit suit
    Kakalupuk buburak tapat di kapala
    Babahanu jagau urang jadi mangsa
    Bapala macalnya
    Kada apa ah asal sakolah jadiam
    Tatarawan ari sampai hudah
    Lawang lulungkang sakolah balum babuka
    Tukang kabun rahat mangilir tajak
    Kakanakan ramik bakapong bola
    Bula saigi papalaran bilang limir.. kada bapuratak
    Barat disundul basah ambun pagi
    Linak liir kasut balum balajar lagi
    Kada apa ai asal sakolah jadiam
    Diunjut ranai manalinga
    Diunjut sana ramik bamain tiup karit
    Manang basurak tiwas badandam
    Tugul haja Cikgu basurah malajari
    Ingat papasanan Umak Bapak
    Tumbar mangapong kantin lucing babunyi
    Dua puluh sen kada babaki
    Jadiam wadai dua bigi mii siam sabungkus
    Banyu pree manciuk di gumbang higa banturan
    Baratik, babirudu kakadang dingin haja lalu rakongan
    Kada apa ah asal sakolah jadiam
    Tangahari hudah ari
    Bapaloh liiran mambarangat matahari
    Limbui jimus amun hujan ari
    Sungsung jualah manganang jauhnya rumah ditunti
    Marista haja ah amun diganang
    Macam2 haja jadi kauyungannya
    Mahimati asal sakolah jadiam
    Kada inya kalumpanan sampai mati
    Ramik sadihnya sakolah bahari

    mairah98/msj 1102111030h
    Barelaan……………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s