Tukar coolant kereta

Air berfungsi menyejukkan injin kereta, manakala kipas ‘radiator’ membantu menyejukkan air. Apa pula peranan ‘coolant’?

‘Coolant’? Tidakkah air itu juga dipanggil ‘coolant’. Betullah tu, tapi dalam konteks ini, ‘coolant’ yang dimaksudkan ialah bahan yang dibuat dari ‘Ethylene Glycol’ yang lazimnya berwarna hijau dan dicampur dengan air radiator.

Apa fungsinya?

Antara fungsi utama ialah mencegah karat dalam sistem radiator.

Bagaimana cara menukar air/coolant?

Buka ‘radiator cap’ atau penutup radiator. Lepas itu buang air dalam radiator dengan membuka ‘drain cock’ di bawah radiator dan biarkan airnya mengalir keluar (gambar atas). 

Tanggalkan ‘hose’ yang disambungkan kepada radiator.

Untuk mengelak air tidak memercik merata-rata, sambung (extend) hujung radiator hos dengan potongan ‘drain hose’ mesin basuh atau yang sepertinya. Lalukan hos ke bawah kereta. 

Tutup ‘drain cock’ radiator.

Tutup lubang yang terbuka dimana hos radiator tadi disambungkan.

Macam mana nak tutup?

Gulung kertas ‘paper lama’ dan sumbatkan ke lubang yang terbuka seperti di atas.

Salurkan air paip perlahan-lahan dengan menggunakan hos dan hidupkan injin.  

Bila injin sudah cukup panas, ‘thermostat’ yang mengawal pengaliran air radiator akan terbuka dan saki baki air lama akan keluar menerusi hos yang disalurkan ke bawah. Mulanya air yang keluar kelihatan kotor tapi setelah beberapa kali ‘thermostat’ terbuka dan tertutup, air yang keluar semakin jernih.

Setelah air menjadi jernih, matikan injin dan buka balik ‘drain cock’ di bawah radiator. Bila air sudah habis di buang, tutup ‘drain cock’, keluarkan kertas yang menutup lubang hos dan sambungkan balik hos ke radiator. 

Buka bekas plastik (expansion tank) sebelah radiator untuk membuang air lama yang bertakung di dalam. Lazimnya bengkel yang anda upah untuk menukar air radiator tak buka dan bersihkan ‘expansion tank’.

Isi radiator dengan air bersih. Kalau boleh gunakan air suling. Sebelum penuh, tuang satu tin ‘coolant’ dan lepas itu tambah air hingga penuh. Isi juga air ke dalam ‘expansion tank’ atau ‘overflow tank’.

Hidupkan injin untuk beberapa minit. Setelah suhu mencapai ke tahap ‘operating temperature’, matikan injin dan tunggu sekejap sebelum membuka penutup radiator untuk menambah air. Dan lakukan proses berulang kali hingga air tak lagi susut.

Kenapa perlu tambah air?

Bila air dimasukkan ke dalam radiator, terdapat ‘air pocket’ yang membuatkan paras air kelihatan penuh. Setelah injin panas dan tekanan dalam radiator naik, buih udara yang terperangkap dalam sistem radiator akan keluar menyebabkan air susut.

Berapa banyak ‘coolant’ perlu dituang ke dalam radaitor?

Satu tin seperti di atas sudah mencukupi.

Menyebut ‘coolant’, teringat cerita seorang anak muda…Satu hari sedang dia mengisi minyak, dia ‘termakan pujuk’ seseorang yang memintanya mengisi 4 pek (4x500ml) ‘coolant’ Petronas dan terbanglah RM64.

NOTA:

Majoriti bengkel hanya membuka ‘drain cock’ untuk kerja penukaran air/coolant. Cara ini pun boleh juga tapi yang terbaik adalah cara di atas kerana air kotor dari injin tidak disalurkan balik ke dalam radiator.

About these ads
This entry was posted in kereta & DIY, MALAY. Bookmark the permalink.

11 Responses to Tukar coolant kereta

  1. mohd nor omar says:

    terima kasih di atas maklumat lengkap ini lepas boleh saya buat sendiri

  2. aliff says:

    macam mane hendak bersihkan bekas plastik (expansion tank)???

    • admin says:

      Buka skru atau nut, tanggalkan, masukkan pasir dan goncang untuk menanggalkan keladak dan daki yang melekat di dinding sebelah dalam bekas plastik. Bilas dengan air berulang kali hingga tidak ada lagi pasir dalam bekas.

  3. aliff says:

    tq bro ^^

  4. Muhammadiah Mohd.Aminallah says:

    bro .. gua ade musykil sikit .. yg hos besaq kat gambaq nombor dua tu .. yg sambung direct kat enjin kerete ker ?

  5. admin says:

    Betul tu saudara, hos besar yang kelihatan dalam gambar berfungsi menyalurkan air panas dari injin ke radiator untuk disejukkan. Dengan menanggalkan hujung hos yang disambungkan ke radiator, maka dapatlah kita membuang air yang disedut oleh water pump dari radiator ke dalam injin.

  6. dles says:

    Tq bro

  7. Nora says:

    wah..terujanya saya..dah lama nak wat kat keta wira saya..tapi x confident…trima kasih atas info.:)

  8. GNOTE fie says:

    Salam bro teman dengar kene pakai coolant sepenuhnya kalau nak enjin cantik….betulkan…a

  9. wawa says:

    selalunya kalo kat servis centre, diorang ada buat tak proses macam ni. sebab kita x nampak semasa diorang servis kan..saya memang xpandai bab kereta. terus hantar servis centre or bengkel kereta jer. kat bengkel xpenah tgk diorang buat pun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s