sedia berkorban atau dikorbankan – 2

Seronok juga bila ada pendapat berbeza tentang sesuatu yang dimuat naik dalam UPBB.

Patriot udara ‘Abang belon’ emel ‘crest’ dan ‘badge’ manakala Patriot laut dengan tatapan seperti helang (hawk’s eye) turut menghantar emel. Terima kasih kepada kalian berdua.

Dimuat naik di bawah adalah sebahagian dari ‘crest’ dan lencana dari dua unit ATM, dan dari era berbeza.

TLDM ‘SEDIA BERKORBAN’ sebelah kiri manakala TUDM ‘SENTIASA DI ANGKASA RAYA’ sebelah kanan.

Kalau diseragamkan moto ketiga-tiga unit ATM dengan menggunakan mota TUDM sebagai dasar, maka bertukaralah moto TLDM kepada ‘SENTIASA DI LAUT’, dan tentera darat ‘SENTIASA DI HUTAN’.

Tapi kalau moto TLDM ‘SEDIA BERKORBAN’ dijadikan panduan, bagaimana gerangan moto TUDM dan Tentera Darat?

Logo kapal era ini pun sudah ‘SEDIA BERKORBAN’. Atau…siapa yang terkorban? Yang nyata hutan di Bukit Cerakah Shah Alam dan seorang wanita asing, serta Istana Keadilan di Putera Jaya dan dua orang anggota polis telah berjaya membuktikan makna sebenar ‘SEDIA BERKORBAN’. Atau jadi korban?

TUDM pula, walaupun hanya berkhidmat ‘UNTUK KEAMANAN’, tapi untuk mencapai matalamat, ada kalanya pengorbanan diperlukan.

Yang ini pula, kedua-duanya ‘TAK SEGAN BEKERJA’. Walaupn ‘crest’ KD Brinchang tidak mencanangkan kesediaan untuk bekerja, tapi siapa yang pernah draf ke CMS tentu pernah merasa pahit manis membuat latihan menyapu periuk api atau ‘minesweeping exercise’.

About these ads
This entry was posted in RMN Potret, RMN/TLDM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s