Bila nak tukar brake pad?

Sebelum menjawab soalan MLA tentang bila brake kereta sepatutnya diganti, aku ingin berkongsi pengalaman tentang cara menjaga brake kereta.

Teringat suatu ketika dulu komen seorang kawan keturunan Cina, “Kalau macam ini bawa kereta, 10 tahun brake boleh tahan…”. Kenapa dia komen macam itu? Aku bawa perlahan sangat ke?

Penggunaan minyak – jimat atau sebaliknya – sama juga dengan penggunaan brake kerana kedua-duanya terletak di kaki kanan pemandu. Kalau asyik nak ram injin, minyak keluar dari carburettor/injector macam semburan hydrant. Begitu juga kalau memberhentikan kereta…kalau asyik nak emergency stop aje, tak sampai setahun, brake pad dah haus. Kalau setakat brake pad haus tak apa juga, tapi bagaimana kalau brake pump bocor?

Kalau brake pump bocor dan pemandu kehilangan kuasa membrake, gunakan brake tangan sebagai alternatif walaupun tidak efektif macam brake kaki.

Macam mana cara memandu untuk menjimatkan minyak dan menjaga brake dan sistem hidrolik? Sebelum sampai lampu trafik ‘merah’ lepas minyak dan perlahankan kenderaan, dan bila tiba tempat membrake, tak perlulah tekan pedal mendadak. Begitu juga kalau memandu di lebuhraya…jaga jarak (keep your distance) seperti yang diajar dalam kursus memandu.

Berbalik kepada soalan, bila brake sepatutnya ditukar?

Ada beberapa cara mengesan kehausan brake. Antaranya menggunakan deria rasa, dengar, dan pandang.

Rasa…Bila brake pedal rasa ‘spongy’ (lembut), atau semakin dalam, pastinya ada sesuatu yang tak kena. Mungkin brake pad dah haus, mungkin juga ada kebocoran dalam sistem hidrolik atau terdapat ‘udara’ dalam sistem.

Dengar…bunyi halus dari kawasan roda setiap kali pedal ditekan adalah amaran yang perlu diambil serius. Kenapa keluar bunyi? Dalam ‘brake pad’ ada ‘marker’ atau penanda untuk memberitahu bahawa sudah sampai masanya ia ditukar. Tapi kalau terdapat bunyi halus setelah brake pad ditukar, itu kemungkinan berpunca dari jenis material yang terdapat pada pad baru…keras.

Rasa…dalam keadaan parking, sentuhkan jari kepermukaan ‘brake disc’ (gambar 2 bawah). Kalau disc yang sepatutnya licin sudah mula bergaris, itu menunjukkan penanda besi (marker) sudah bersentuh dengan brake disc. Kalau disc sudah bergaris, jangan tunggu lagi, terus saja tukar kerana jika dibiarkan, disc kena skim atau potong. Sekali atau dua kali skim ok lagi, tapi kalau selalu sangat, disc jadi nipis dan terpaksa ditukar…ratus RM burn.

Gambar atas yang aku scan dari koleksi makalah berjilid menunjukkan lakaran bentuk disc brake (kiri) manakala sebelah kanan pula drum brake. Walaupun ‘buku’ tersebut sudah berusia lebih 20 tahun, namun masih relevan kerana sistem asas sebuah kereta tidak jauh berubah…Injin 4 lejang, rack & pinion steering, disc brake hadapan dan drum di belakang (ada juga kereta menggunakan disc brake di belakang).

Kelebihan disc brake dibanding drum ialah keberkesanan braking. Pun begitu, ada juga kelemahan. Bila disc pad basah selepas melalui lopak air, cengkaman brake menurun, tapi cengkaman drum brake tetap sama kerana ianya terlindung dari percikkan air.

Permukaan brake disc akan terasa atau kelihatan berjalur jika ‘brake pad’ dibiarkan haus sampai ke besi penanda. 

Gambar atas menunjukkan drum brake shoes yang baru ditukar. Bentuknya berbeza dengan brake disc pad (bawah).

Disc brake pad yang masih baru.

Pernahkah anda tahu bagaimana handbrake berfungsi? Ia tidak mengunakan sistem hidrolik tapi cable untuk mangaktifkan drum brake shoes. Setiap kali handbrake ditarik, brake shoes akan menekan drum untuk memberhentikan pergerakan roda.

Gambar ini aku scan dari ‘workshop manual’ 2nd Generation Honda Civic.

About these ads
This entry was posted in kereta & DIY, MALAY. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s