Masalah Hyundai Getz?

Sejak kebelakangan ini, ramai pengunjung yang sampai ke blog UPBB dengan mengoogle ‘Apa Masalah Hundai Getz?’ Bagaimana admin tau?

Dalam ‘dashboard’ sesebuah blog ada dua petunjuk. Satu dipanggil ‘referrer‘ dan satu lagi ‘search engines’. Referrer adalah pengunjung yang sampai menerusi link dari blog lain manakala search engines menerusi ‘google’. Kekadang geli hati membaca perkataan dan terma yang diguna pengunjung.

Berbalik kepada masalah Hyundai Getz. Sejak anak membawa keluar dari ‘showroom’ pada 22hb Mac 2005 sampai hari ini, cuma sekali aduan dibuat di Pusat Servis Hyundai Glemnarie Shah Alam, itu pun hanya perkara kecil…suspension sebelah belakang kiri mengeluarkan bunyi halus bila tayar terkena lopak atau bonggol. Sejak di servis @ 1,000km hinggalah hari ini, bunyi itu dah tak ada.

Kalau dibanding dengan Perodua Viva 1 lit manual yang dibeli pada 24hb Julai 2008, sehari selepas keluar dari showroom dah ada masalah. Hari ini pun ada lagi masalah. ‘Endless problem’ (Akan diperincikan dalam nukilan akan datang).

Kereta ini sudah berusia 5 tahun 7 bulan tapi ‘still going strong’. Berapa kos senggaraan agaknya?

Seperti yang admin tekankan, kalau pemilik sanggup meluangkan masa membaca ‘Owner’s Manual’ dan mengikut apa yang di syorkan pembuat kereta, Insyaallah kereta akan tahan lama dan kos senggaraan tidak membebankan.

Lazimnya, setiap 10,000KM, admin minta anak sediakan tidak lebih dari RM70 (tujuh puluh) untuk menukar minya injin dan ‘oil filter’. Kawan-kawannya yang memiliki kereta Proton atau Perodua dan menghantar ke pusat servis, tiga empat ratus ringgit terbang.

Selepas 4 tahun, barulah ada menampakkan sedikit kelemahan. Itu pun perkara enteng.

Kumpulan keladak di hujung ‘Radiator hose’ yang disambung ke bahagian injin membuatkan ‘coolant’ susut. Apa sebabnya?

Entah kenapa, perkara sedemikian hanya berlaku pada kereta buatan Korea dan Malaysia. Mungkin berpunca dari komposisi logam yang diguna oleh pengeluar kereta dua negara ini kerana Toyota Liteace Premio milik admin masih tidak menunjukkan simptom sedemikian dan ‘coolan’ tak pernah susut.

Teori admin mengatakan…setelah terdedah kepada cecair ‘coolant’ yang panas dan sejuk mengikut suhu injin, logam paip dimana hos itu disambungkan mula terhakis. Akibatnya terciptalah ketidak-rataan (pits and valleys) di permukaan paip tempat bertemunya hos (getah) dan paip (besi). Bila tekanan (pressure) dalam radiator naik seiring dengan kenaikan suhu injin, maka menyisiplah ‘coolant’ keluar. ‘Spring Clip’ yang mengikat hos pada paip tidak cukup kuat untuk mencegah sisipan (leakage).

Bagaimana mengatsainya?

Kalau ada ‘Lock Grip Plier’ untuk mencengkam dan mengeluarkan ‘spring clip’ seperti di atas, senang buat kerja. Andai berminat untuk D.I.Y., beli satu kerana harganya pun tak sampai RM10, tapi kegunaanya…tak terbatas.

Perhatikan gambar di atas. ‘Spring Clip’ yang original sudah ditukar kepada ‘clip’ yang boleh dilaras. Ongkosnya? RM3 untuk ‘clip’ dan RM8 untuk ‘coolant’, dan sedikit usaha.

Bolehkah anda buat sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Rumusan admin…Kalau dijaga dan dipandu cermat, kereta Hyundai Getz tak meragam. Rekod senggaraan di atas sebagai bukti.

Apa gunanya dicatit setiap barang yang diganti? “buang masa”. Kalau tak boleh luangkan 5 minit untuk mengambil, mencatit dan menyimpan buku rekod, maka ‘end of story’.

Tapi admin tetap mengamalkannya. Sudah lebih 30 tahun, namun masih belum jemu menyelenggara sendiri (selepas tamat waranti) dan mencatit setiap yang ditukar.

‘At the end of the day’, ‘kepuasan’ atau ‘self satisfaction’ boleh mengatasi sikap negatif yang sering membelenggu manusia… “Aku tak pandai” atau “Aku malas”.

About these ads
This entry was posted in kereta & DIY, MALAY. Bookmark the permalink.

37 Responses to Masalah Hyundai Getz?

  1. mla says:

    Tuan Admin,

    Bilakah brake pad perlu ditukar, atau adakah brake pad perlu ditukar pada setiap km tertentu?

  2. admin says:

    Soalan baik. Akan saya terangkan dalam cerita kereta seterusnya.

  3. syukry says:

    saya bercadang nak beli kereta hyundai getz ni..tapi kereta second hand la.
    kerete ni jimat mnyk x? maintenance mcm mana,ok ke?

    • admin says:

      Jawapan untuk soalan pertama: Kegunaan minyak Hyundai Getz CBU 1.3 Litre milik anak pernah saya rekodkan masa mula-mula beli pada bulan Mac 2005, dan fuel consumption sama denga Hyundai Matrix 1.6 milik isteri yang dibeli sebulan sebelumnya. Kenapa Hyundai Getz kuat makan minyak dibanding dengan kereta Jepun 1.3 Litre? Pendapat peribadi saya ialah kerana orang Korea belum pandai menipu dengan membuat ‘sheet metal’ nya nipis macam kereta Myvi dan Viva.

      Maintenance…Saya pun tak begitu arif bagaimana mekanik membuat senggaraan kerana selepas tamat tempoh jaminan, saya cuma pernah sekali menghantar ke bengkel utama Hyundai di Glenmarie Shah Alam untuk menukar timing belt, minyak gear dan brek (80,000km). Routine maintenance seperti menukar minyak injin, air/oil filter, spark plug, coolant dsb saya buat sendiri di rumah.(DIY).

      Masalah…Hyundai Getz dan Matrix yang saya selenggara sendiri sudah berusia lebih 7 tahun dan 100,000km tapi Alhamdulillah belum ada problem macam Viva dan Myvi yang selalu menagih duit untuk menukar atau skim brek disc, suis tingkap elektrik, dan entah apa lagi yang bakal menyusul.

  4. syukry says:

    hyundai getz ada dua jenis kan, satu 1.3 dan satu lg 1.4 enjin DOHC? yang 1.4 ni jimat mnyk x?

    • admin says:

      1.4 DOHC CKD…sorry tak tau kerana apa yang saya tulis dalam blog hanya berpandukan pada pengalaman peribadi. Maaf sekali lagi kerana tak dapat membantu.

  5. Salasiah Hj jaafar says:

    kereta hyundai getsz saya enjin nya ber bunyi macam moto bot kenapa ya? saya nak bawa gi baiki tapi tak tau kat mana tempat yg sesuai boleh tolong gi tau tempat mana tu boleh tak/

  6. oleen says:

    Try g service kat Hyundai Getz jalan klang lama. datang pagi. x mahal berbanding workshop biasa. Glenmarie hyundai pon ok tp service lembab sikit.

  7. zack75 says:

    Saya baru nak beli keta hyundai getz 1.4 DOHC 16V secand hand 120,000 km tahun 2006, apakah problemnya , adakah spare parts nya mahal dan kos minyak nya bagaimana?
    Betul ke servis keta itu mahal?

    • neg7 says:

      Saya guna getz 1.4 tahun 2007, hingga sekarang dah lebih 120000 km mileage.. Alhamdulillah kereta still solid n tak meragam, hanya masalah wear n tear sbb dah lebih 5 tahun pakai. minyak ok, kereta saya manual, combine cycle sekarang 6.6l/100km (kalau highway minyak full boleh dpt 500km cruise 100-110km/j).. dari segi spare part tak mahal sgt tp tak semurah proton, kalau yg tukar ikut service interval punya component harga biasa je n senang dapat (oil filter 18ringgit, set timing belt dlm 350.00).. cuma kalau sparepart yg bukan wear n tear agak mahal, mahal dari honda/toyota tapi tak lah smpai cecah harga merc/bmw..

      • zack75 says:

        Terima kasih atas pengalaman dan cadangan yang dikongsikan bersama.

      • wani says:

        salam pade abg yg berpengalaman dalam hyundai getz, saye baru nak try getz ,bajet biasa je sebab hanya kegunaan nak ke class dan ambil stok .jadi nak tanya gtez 1.3 auto okay ke tak untuk sy beli .terima kasih

  8. Rosnita Zainal Abidin says:

    Admin..

    Saya baharu saja beli getz 2nd. keluaran 2004 (model 1.3 GL / Auto).
    Ada sedikit masalah..(kadang2 bila pedal minyak ditekan, enjin mederu agak kuat, tapi kelajuan tidak bertambah. Apakah ini berpunca daripada masalh Gear Box? dan sekiranya saya perlu menukar Gear Box, berapah kos nya?

  9. Rizal says:

    Salam Warga Getz, berapa kah kos untuk penukaran clutch plate kereta hyundai getz , keta saya tahu 2008 1.4, Harap dapat bagi maklum balas

  10. hyundai forever says:

    rege gearbox 9000 clutch pulak dalam 300

  11. min says:

    admin,
    jika hyundai getz 1.3.. perlu auto off drive or auto drive..jika off gear akan naik smpai tahap 3 shja..mksud nye x laju..btol ke..

  12. Ahmad Naqeeb says:

    saya ada getz 2005, saya nak jual kerana ingin sambung belajar. di mana patut saya jual kereta ini untuk dapat pulangan yang berpatutan?

  13. radhi says:

    ahmad send pic getz tu blh

  14. aini shulliana says:

    Salam..sy bercadang nk beli hyundai getz yg 2nd hand..1.6cc tahun 2004..full spec..dijual pd hrge rm19800..rsenye bole dipertimbangkan x?

    • zack says:

      Agak murah….tetapi tahun kereta sudah 10 tahun terpakai. Mungkin byk nanti spare part yg perlu diganti dan agak mahal. Cuba cari yg 1.4 cc.

      • pak ya says:

        Setuju dgn pendapat Zack…kalau nasib tak baik lepas beli kena tukar Auto Gearbox…tak kurang dari RM4,000. Atau kena buat major overhaul…RM3,000 – RM4,000 sure terbang.

  15. faiz says:

    Salam semua bagus info di sini cuma tambahan sikit tadi saya tanya Timing Belt Ori punye complete set with tension bearing dll Original punye Harga RM 280.00 agak upah pasang berapa ya?

    • putra says:

      Saya ingin tahu di maner ada jual engine hyundai getz 1.4 or 1.6 kerna sya mahu tukar my engine 1.3 kerna makan selinder..

  16. AD says:

    Aslmkm..nak mtk pndtpt..berbaloi tak beli keretasecond
    1.Hyundai Getz (M)2008,mileage: 30 000 – 34 999 Transmission: Manual,Engine Capacity 1.4cc ( RM 25800 )
    @
    2.Hyundai Getz Auto 2005,mileage: 100 000 – 109 999 Transmission: Auto,Engine Capacity 1.3 cc ( RM 20000 )

    • zack says:

      salam….sy punya 1.4cc auto tahun 2006 . millage 100000. Harganye rm29k. warna facelift. Pastikan timing belt dh kene tukar. Nmpk ok….smpi skrg .Sy beli tahun lepas.

  17. amin6519 says:

    saya nak tanya?? hyundai getz 1.3 ni bagus ker tidak yer??

    • zack says:

      service ikut time sure ok.

      • admin says:

        Terima kasih Zack kerana banyak membantu UPBB dengan memberikan pendapat untuk pembaca yang sentiasa ingin tau. Saya harap saudara dapat teruskan usaha berkongsi pengetahuan dan pengalaman di blog kerdil ini.

  18. onomi says:

    Slm.. Saya pun pgguna getz 1.4 manual. Dh masuk 6 thn pakai, xde masalah langsung. Cuma br2 ni yg coolant tu bocor…stakat ni mmg puas ati..syg nak jual..

  19. naruto says:

    Salam..Saye pkai getz 1.3..bru angkat secondhand thn 2005..mcm mne nk bg mnyak jimat ek…mnyak agak kuat…xde power nek bukit..tlng bg sedikit sumbangan idea…tq

  20. Arfee says:

    Salam, saya baru angkat getz 1.4 thn 2006 (register june 2007). Usia kereta sudah 6th tapi Mileage dia masih 47k km. Saya nak tanya kena ganti timing belt kah? Tengok kat service manual ganti timing 72rb km atau 5 thn. Tq Bang..

  21. getz 3681 says:

    Tmpng bertanye..knp lampu check engin bernyala..sy check mnyak auto/engin dan soket sume ok…tlng bg ulasan dan cadangan ckit.

  22. Mohamad says:

    Salam.. Saya nak tanya kat mana boleh dptkan enjin getz 1.6..
    Saya nak tukar dari 1.3 ke 1.6

    T.kasih

  23. noni says:

    Saya nak jual GEtz 1.4 AT tahun 2007. Dimana tempat yang boleh dapat best price?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s