Tuah ayam nampak di kaki

Kata orang, “tuah ayam nampak di kaki…” Tapi tak pernah pula aku melihat orang membelek kaki ayam untuk melihat tuah. Namun, masa di kampung dulu, aku sering mendengar orang bercerita tentang tuah burung merbuk yang mereka bela.

“Ada tuah burung ni…27 sisik…32 sisik…36 sisik di kaki…” Begitulah yang aku sering dengar dari mulut mereka yang taksub dengan kepercayaan karut.

Siapa yang bertuah? Burung atau orang yang membela? 

Bagaimana mereka mentafsir ‘tuah’? Kalau burung yang bertuah, kenapa pula ia terpenjara dalam sangkar, makan ‘sekoi’ pagi dan petang. Kalau yang membelanya bertuah, nasib mereka tak lebih dari seekor ayam – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

“…tuah manusia siapa tau?”

Kanak-kanak di atas sudah menjangkau usia 3 tahun. Tak mungkin dia tahu siapa ‘biological father’ yang menyebabkan ibunya termengandung. Mungkin bapanya sudah kembali ke Bangladesh, Myanmar atau Nepal. Tapi kerana ‘tuah manusia siapa tau’, nasibnya tidak semalang kanak-kanak yang kelahiran mereka tidak dikehendaki.

‘Biological mother’ kepada kanak-kanak itu menyerahkan bayinya kepada pasangan yang tidak dikurniakan zuriat – kecil tapk tangan, nyiru mereka tadahkan. Kehadiran ‘orang baru’ seperti ‘bulan jatuh ke riba’.

Kalaulah semua remaja perempuan Melayu yang pernah ‘tersilap’ sedar bahawa bayi yang terkandung ‘out of wedlock’ itu juga punya hak untuk hidup, tak akan menjadi-jadi ‘pembuangan bayi’ seperti sekarang ini. 

Kalaulah jabatan kerajaan yang mengendalikan ‘pengambilan anak angkat’ dapat memudahkan proses, jabatan agama lebih memahami delimma ibu yang ‘terlanjur’, editor akhbar tidak mengambil kesempatan mensensasikan berita, rasanya gejala pembuangan bayi dapat diatasi. 

Melihat cara kanak-kanak ini dibesarkan, aku yakin dia akan membesar sebagai insan berguna. Insyaallah.

About these ads
This entry was posted in cuit & cubit, MALAY. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tuah ayam nampak di kaki

  1. xcman says:

    Kalaulah jabatan kerajaan yang mengendalikan ‘pengambilan anak angkat’ dapat memudahkan proses, jabatan agama lebih memahami delimma ibu yang ‘terlanjur’, editor akhbar tidak mengambil kesempatan mensensasikan berita, rasanya gejala pembuangan bayi dapat diatasi.

    hamba setuju.

    Melihat cara kanak-kanak ini dibesarkan, aku yakin dia akan membesar sebagai insan berguna. Insyaallah.

    bayi di lahirkan ibarat kain putih, terpulang ibubapa/penjaga mencorakanya. iman dan ilmu tidak boleh di pusakai secara otomatik.

  2. nazri says:

    saudara admin, sama pendapat kita…agensi kerajaan, jabatan agama, editor akhbar…merekalah yang memburukkan keadaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s