memasang timer lampu

Adakah anda berpuas hati meninggalkan rumah dalam kegelapan bila balik kampung? Atau membiarkan lampu terpasang 24 jam sepanjang anda tiada di rumah?

Sebenarnya ramai yang teringin nak memasang timer yang boleh menghidup dan memadam lampu mengikut masa yang ditetapkan. Kalau teringin tapi tak tahu caranya, ikutilah panduan mudah ini.

Kalau suis lampu anda tidak seperti di atas – dekat dengan 13 amp wall socket – tak mengapa. Anda masih boleh menggunakan extension plug & socket. 

Kalau suis dan socket seperti di atas, anda tidak memerlukan wayar yang panjang. Sambung wayar seperti diatas…ke terminal hidup (yang ada fius). 

Hujung wayar yang satu lagi, sambung ke ‘connector’. 

Di belakang suis lampu, lazimnya ada dua batang wayar berwarna putih. Sebelah bawah ialah wayar hidup yang sentiasa ada current. Sebelah atas adalah wayar yang disambung ke lampu dan current hanya akan mengalir bila suis lampu di pasang (on).

Tanggalkan wayar yang di atas – seperti dalam gambar. 

Masukkan wayar yang telah ditanggal ke ‘connector’ dan ketatkan. 

Begitu mudah kan? Lepas itu set lah timer mengikut kehendak anda. Insyaallah ia akan patuh mengikut arahan…menghidup dan mematikan lampu seperti yang ditetapkan.

Timer yang admin guna dibeli di Carrfour masa sedang offer…RM9 sahaja. 

Gambar di atas diambil sekitar jam 6.30 pagi tadi, beberapa minit sebelum timer off.

Anda boleh juga memasang timer untuk lampu dalam rumah, setidaknya tidaklah rumah bergelap.

“Aku tak pandailah. Tak berani dengan current lah…” Kalau tak pandai boleh belajar. Cuba perhatikan pekerja Indon yang datang ke Malaysia, mereka langsung tak ada pengalaman tapi boleh membuat pelbagai kerja, hatta membuat pendawaian letrik sekalipun.

Tak berani dengan current? Mudah aje. Sebelum memulakan kerja, off suis utama atau suis di fuse box yang dikhususkan untuk lampu sahaja.

“Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak?” Sekiranya anda amalkan prinsip itu dalam kehidupan seharian, Insyaallah, anda akan dapat menerobos keluar dari kepompong yang membelenggu majoriti orang Melayu.

Ingatlah: Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

About these ads
This entry was posted in kereta & DIY, MALAY. Bookmark the permalink.

12 Responses to memasang timer lampu

  1. Cikgu Zainal says:

    The first is the hardest..

    Macam buat jahat, yang pertama selalu yang paling sukar..seterusnya amatlah senang..

    Macam jugak makan ketupat, yang pertama nak kopek yang paling susah dan macam tak sabar ajer, tapi yang seterusnya amatlah senang..

    Saya pun takut dengan current, tapi macam kata admin, saya tutup terus main Fuse kat kotak fuse tuh..putuskan terus supply masuk rumah..

    testpen kan ada..macam kenal jer ayat nih yer

  2. zach says:

    Salam… saya berminat dengan cara memasang timer lampu nih. Cuma nak tanya sikit. Kalau kita tak nak sambung ke 3 pin plug boleh ke? Tapi kita buat looping dari switch tersebut dan sambung direct ke timer. Yang 3 pin plug tu kita abaikan (ingat saya nak potongkan). Saya nak buat ni dan lekatkan ke dinding terus. Jadi permanent untuk satu lampu. Beli timer switch, mahal sangat.

  3. admin says:

    Waalaikumsalam,

    Boleh, tapi kena guna timer jenis lain. Saya ada juga timer jenis itu tapi dah rosak. Memandangkan harganya lebih mahal, maka saya guna ‘3 pin timer’.

    Timer yang saya maksudkan itu memerlukan wire ‘neutral’ untuk mengaktifkan jam atau timernya. Memandangkan di belakang suis lampu hanya ada wire ‘live’, maka saudara kena tarik wire neutral ke timer yang dimaksudkan. Atau kena beli timer yang menggunakan kuasa bateri.

  4. zach says:

    Terima kasih atas maklumbalas saudara… Saya ada membeli timer spt yg saudara gunakan tu. Satu lagi saya beli yang digital, mempunyai bateri kalau tak silap boleh tahan dlm 100 jam… yang ni la saya kira dan buat ubah suai sedikit.

    Jika saya abaikan penggunaan 3 pin plug pada timer tersebut di bhg dalam terdapat 3 wire. Satu wayar natural dan dua wayar merah. Satu wayar merah dan wayar hitam adalah untuk connection ke power socket. 1 lagi wayar merah adalah untuk 3 pin plug yang disambungkan kepada lampu. Ini yg saya faham.

    Berdasarkan apa yg saudara buat di atas, saya nak buat begini :

    Wayar di suis yg utk di sambung ke lampu disambungkan kepada wayar merah kat timer.

    1 wayar merah dan 1 wayar hitam ni saya agak konpius sikit. Kalau saya sambungkan wayar merah kepada wayar live di suis dan wayar hitam saya sambungkan ke mana-mana wayar natural rasanya boleh hidup tak?

    Penyelesaian yg agak mudah bg saya mungkin saya loop kan wayar merah dan hitam tersebut daripada soket yang berdekatan. Rasanya lbh kurang sama dgn kita cucuh pada soket power cuma ianya disambung secara terus.

  5. admin says:

    Maaf kerana lambat respon…sejak pagi sibuk buka kipas condensor aircond kereta kerana motornya dah kaput. Kedai aicond minta RM180 tapi beli motor (Denso) dan tukar sendiri jimat RM70.

    Mula2 saya tak faham tapi lepas ulang-ulang baca, akhirnya saya boleh bayangkan apa yang saudara nak buat. Cuma saya khuatir ke mana saudara nak sembunyikan kaki plug kerana kalau masih bersambung dengan wire di dalam, salah satu kaki plug itu ada current.

    Soalan saya…kalau timer digital boleh berfungsi tanpa disambung ke soket 13amp, kenapa perlu wire neutral? Wire live dan wire neutral diperlukan untuk mengaktifkan timer analog.

    Sekiranya timer itu boleh berfungsi dengan hanya menggunakan bateri, saudara cuma perlu menyambung wire ‘live’ dari suis lampu kepada wire yang sepatutnya disambung kepada kaki plug (input), dan wire yang bersambung ke lampu disambung kepada kaki plug (output).

    Kalau masih musykil, sila tinggalkan no HP, insyaallah saya akan hubungi.

  6. zach says:

    Sekali sekala menulis takpe bang…

    Bateri pd timer tu kena dicaj jugak. Tanpa connectian boleh tahan 100 jam je kalau ikut manual.

    Begini, timer tu saya dah potong bhg bawah. Mcm timer abg tu jugak la, cuma saya potong bhg bawah. Potong casing dan buang 3 pin plug & soket tu je la. Wayar2 ada lagi. Jadi takde isu kaki2 yg mempunyai arus elektrik kat sini sebab dah kena buang. Kalau mcm timer abg tu tinggalla bhg bulat yg kita guna utk set masa tu. Yang digitalnya pun sama je wiringnya pd bhg dlmnya.

    Sekarang ni saya nak sambungkan wayar2 tu pada switch lampu di dinding yg mempunyai 2 wayar (Live dan wayar switch ke lampu) Pada bhg input terdapat 2 wayar. Satu merah dan satu hitam. Bhg output ada 1 wayar (merah saja). Kalau abg bukak timer abg tu pun saya rasa sama je. Sebab saya ada kedua2nya. Cuma yg timer ni cantik sikit kalau lekat kat dinding.

    Bahasa mudahnya, saya nak sambungkan timer tu dan ianya berfungsi spt sepatutnya tanpa menggunakan soket power. Yg tinggal hanya 3 wayar je paa timer utk disambungkan

  7. zach says:

    Satu lagi bang, merujuk kepada gambar no. 4.

    Wayar sebelah atas (ada org panggil wayar suis) ditanggalkan dan di sambung kepada connector yg bersambung kpd 3 pin plug. 3 pin plug ni pulak bersambung kpd 3 pin soket pd timer yg disambungkan kepada soket dinding.

    Adakah lampu tersebut dikawal oleh suis asal atau suis pada soket dinding yang digunakan oleh timer? Pada pengamatan saya suis tersebut dah tak berfungsi sebab aliran arus eletrik tidak bersambung lagi dgn wayar live pada suis tersebut. Ini kerana aliran elektrik untuk lampu adalah adalah berpunca dari soket melalui timer. Betulke pemahaman saya ni?

    Kalau salah, harap abang boleh beri penerangan. Terima kasih.

  8. ag says:

    Saya cuba buat ikut panduan mudah yang diberi. Ya memang mudah membuatnya tapi lampu tidak menyala walaupun timer sudah diset. Adakah perlu suis lampu dan suis soket timer di on?

    • admin says:

      Suis lampu tak perlu di ‘on’ kerana setelah disambung kepada timer, suis itu sudah tak berfungsi lagi.

      Kenapa tak menyala?

      Kemungkinan 1 : Timer salah setting atau timer itu sendiri tak berfungsi
      Kemungkinan 2 : Wire yang saudara sambungkan kepada 3 pin plug bukan wire yang disambungkan ke lampu, tapi berkemungkinan wire ‘hidup’.

      Cadangan 1 : Pastikan lampu indicator (warna merah) yang ada pada timer menyala setelah sampai pada masa yang ditetapkan. Kalau tak menyala, cuba on dan off kan suis kecil di sebelah kanan timer.
      Cadangan 2 : Dengan kedudukan main switch on, dan kedudukan timer off, sentuhkan test pen pada wire yang disambung kepada 3 pin plug. Kalau test pen menyala, bermakna saudara tersalah sambung wire.

      Perlu difaham tugas timer adalah sama seperti tugas on-off suis lampu. Ianya menyambungkan wire hidup (live wire) kepada wire yang bersambung ke lampu.

      Selamat mencuba, dan semoga berjaya.

  9. Fifi says:

    Assalamualaikum…. Bole ta buat lampu yg ad timer + bole setkan kecerahan lampu tu skali…acane ekh nk buat tu ????
    Sekian..Thanks..

  10. ag says:

    Terima kasih tuan admin..memang saya telah tersalah sambung wayar hidup ke timer dan setelah ditukar memang menyala lampu mengikut timer yang disetkan..terima kasih diatas ilmu yang diberikan.

  11. ag says:

    Tuan admin, saya mempunyai satu timer jenama hager eh-711 dalam simpanan tetapi saya tidak cukup ilmu untuk memasangnya pada lampu porch dirumah saya. Minta jasa baik tuan admin sekiranya sudi menolong dengan memberi saya tunjuk ajar bagaimana untuk memasangnya..Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s