cerita kereta – 6

Carta di atas diambil dari stesen minyak Shell. Penaja dan pembekal bahan bakar dan minyak pelincir kereta lumba Ferrari F1 tidak menggalakkan penggunaan minyak sintetik apabila usia kenderaan melebihi sesuatu jangka masa. Kalau minyak sintetik yang dicanang sebagai ‘ultimate oil’, kenapa tidak disyorkan penggunaannya sepanjang hayat?

Minyak sintetik menjimatkan petrol?

Siapa boleh membuktikan? Jimat atau tidak penggunaan petrol terletak di kaki kanan pemandu – kalau tekan accelerator seperti pelumba F1, macam mana nak jimat?

Begitu juga dengan additive dan gadgets yang didakwa kononnya boleh menjimatkan minyak sehingga 10, 20 atau 30 %…itu semua sales gimmick kerana mereka tahu berapa kerat sangat pemandu yang arif bagaimana mengira penggunaan minyak.

Selalu dengar kawan-kawan cerita, “Aku isi 30 ringgit, sampai Melaka masih ada suku tank, biasanya dekat kosong tangki…memang jimat.” satu hipotesis yang salah.

Bagaimana mengira?

Isi tangki penuh dan pastikan ia penuh…sambil mengisi goyang kereta hingga tidak ada lagi ‘air bubble’ yang terperangkap dalam tangki. Lepas itu, set ‘trip meter’ kepada zero.

Setelah diguna dan tangki hampir kosong, penuhkan kembali tangki dengan cara yang disebutkan sebelum ini. Dan kira seperti berikut:

Contoh:

Jumlah yang dibayar untuk memenuhkan tangki…RM80.00 di bahagi dengan bacaan yang diambil dari trip meter…450km = 17.78 sen satu kilometer.

Kalau nak mengira 1 liter berapa kilometer…450km dibahagi dengan berapa liter yang telah diisi dalam tangki, e.g. 450km dibahagi dengan 43.24 liter = 10.40 km/liter

Perlu diingat, angka yang diperoleh dari satu top-up kesatu top-up tidak mungkin sama kerana beberapa faktor, antaranya…keadaan trafik, jumlah penumpang, jenis perjalanan (lebuhraya atau bandar), tyre pressure dan banyak lagi faktor yang boleh menyumbang kepada percanggahan.

Konklusinya…tak ada konklusi. Maka itulah, mereka berani mencanang “menjimatkan hingga 30%…” sedangkan pada hakikatnya, penjimatan itu amat subjektif.

About these ads
This entry was posted in kereta & DIY, MALAY. Bookmark the permalink.

9 Responses to cerita kereta – 6

  1. katon says:

    SALAM TUAN….
    saya pernah terkena sekali time beli kancil660
    meter minyak tak jalan, salesman tu kata warranty hanya utk gear box & engine je. Dah la nak tunggu turn servis lambat. Semenjak dari tu saya mmg tak pernah jejak kaki dah kat pusat servis perodua. Meter minyak tu pun repair kat workshop depan office, FREE OF CHARGE.
    Lepas tu beli proton juara. 1st 5000km servis, saya kat oversea. Wife yang bawa ke proton edar. Ntah apa yang dikelentong, kena tukar 4-4 biji tayar terbang rm800.
    Bila balik ke malaysia, air-cond pulak rosak. Proton edar suruh pergi kat tempat asal air cond. Nasib baik free. Sembang dengan staff kat situ, dia kata air-cond cepat rosak sbb kereta tersadai 2-3 tahun sebelum dapat dijual.
    Mmg serik beli kereta buatan malaysia. Tapi apa kan daya, tak mampu beli kereta europe.

    Minta izin copy & paste artikel tuan ke blog saya untuk renungan semua.

  2. admin says:

    Sdr katon,

    Tak payah minta izin pun tak apa, saya tak cerewet sebab tujuan saya menulis pun untuk berkongsi pengalaman…kalau baik jadikan tauladan, kalau tidak jadikan sempadan.

  3. Joewings says:

    Kongsi pengalaman dengan kawan2 semua….

    kawan pernah masuk di Proton Edar di B***T P###r. ada satu lapangan yang menempatkan kereta2 proton yang menunggu pelanggan, siap dah berlumut, tayar pancit dsb dan kalau nak jumpa Tiara first hand kat situ pun ada…..berhujan dan berpanas tanpa perlindungan…tak macam tempat edaran kereta Honda di JB, macam parking kat shopping kompleks..berbumbung dan bertingkat…..

    Sebab itulah, buddy kawan beli kereta Wira, setahun baterinya dah kong dan tukar kompressor sekali………pelik kan, kereta baru macam tu….?

    diorang akan bersihkan tingkap, polish dsb apabila dapat pelanggan…..

  4. Joewings says:

    TApi kereta saya memang jimat, Galant Supertouring….orang cakap kereta tu mentekedarah minyak sebab bodynya besar….

    Sebab dah pakai NGV, RM 10 boleh dapat 130 km….

  5. admin says:

    NGV yang letak botol gas dalam but kereta ke? Supertouring engine to bodyweight ratio ok lagi bandingkan Galant Sigma 1.6. Admire juga kereta tu masa Chief Accountant pakai tahun 87/88 tapi nak beli tak mampu. Akhirnya beli Liteace, boleh sumbat 5 orang anak.

  6. Joewings says:

    Yup, satu tank beratnya kira2 60 Kg……

    Gitu rupanya, nasib baik tak pakai Sigma, itupun Supertouring ni ambik ngan abah, sebab abah beli Merc 190E dan pasang NGV jugek…

    NGV ni pun macam2 cerita…semua cerita atas cerita…..ada yang kata mudah meletup la…itulah ini lah, semua bergantung pada bengkel yang kita pilih pasang (ada JPJ approved) dan cara orang tu letak regulator (isik gas dan mixer)

    Alhamdulilah lah minyak ada jimat sikit- petrol pun sebulan sekali beli RM 30 untuk warm up enjin- kalau NGV memanjang, valve seat mudah haus sebab gas ni tak de pelincir macam petrol……….NGV plak belanjanya RM 100 kalau siap jalan2…kalau tak dalam 70 sebluan…
    Kalau dia boleh buat inlet tu dekat tempat inlet minyak- orang tu memang pandai….kalau regulator dan inlet dekat coil- orang tu memang VODO….

  7. Liteace Go Places says:

    Tuan Admin nih salah satu keluarga yang pernah keluar di Majalah 3 bukan? Semasa treasure hunt ker Pulau Pangkor anjuran Toyota?

  8. suhaimi says:

    Bos arahkan aku buat laporan jumlah kos yg perlu di bayar bagi setiap kilometer..em..cam ne aku nk dptkan formula yg tepat..? harap dpt explaination yg clear..time kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s